Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan MASwings dijangka selesai hujung tahun

Pengambila­lihan bolehkan Sarawak tubuh syarikat penerbanga­n dengan tambang lebih berpatutan untuk rakyatnya

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perbincang­an mengenai pengambila­lihan syarikat penerbanga­n MASwings oleh Kerajaan Sarawak dijangka selesai hujung tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari pengambila­lihan MASwings adalah untuk membolehka­n Sarawak menubuhkan syarikat penerbanga­nnya sendiri dengan kadar tambang yang lebih berpatutan untuk rakyatnya.

“Masalah kita di Sarawak termasuk rakan kita di Sabah, harga tambang (tiket penerbanga­n) mesti naik setiap kali musim perayaan sama ada Raya, Tahun Baharu, Krismas mahupun cuti persekolah­an.

“Mana tahan, setiap kali perayaan tambang naik. Pergi ke Kuala Lumpur sahaja lebih RM1,000… lebih baik pergi Hong Kong,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Festival Layang Layang Antarabang­sa Kabong (KIKF) 2024 di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang, Kabong semalam.

Mengenai pembanguna­n di Kabong, Abang Johari berkata kerajaan akan membangunk­an pekan baharu Kabong dan kawasan perumahan baharu untuk menarik kedatangan orang ramai ke daerah itu.

Katanya dengan adanya perumahan yang tersusun serta premis perniagaan yang moden ia akan menarik orang

Premier Sarawak

ramai ke Kabong sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada orang Kabong.

“Perumahan yang akan kita bangunkan adalah lebih murah dengan kadar faedah pinjaman satu peratus daripada bank kita sendiri, Mutiara Mortage.

“Manakala pekan baharu akan kita bangunkan merangkumi semua kaum selari dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari turut mengalu-alukan kehadiran peserta antarabang­sa

dalam festival tersebut dan berharap mereka menikmati hari yang baik sepanjang berada di Sarawak.

Abang Johari turut yakin penglibata­n peserta antarabang­sa dalam festival ini akan menambahka­n lagi pemahaman mereka mengenai Kabong dan Pulau Borneo serta Sarawak khususnya yang menjadi antara tempat paling bersatu padu dalam negara Malaysia.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam dan ADUN Kabong Mohd Chee Kadir selaku pengerusi jawatankua­sa kerja penganjur KIKF 2024.

Masalah kita di Sarawak termasuk rakan kita di Sabah, harga tambang (tiket penerbanga­n) mesti naik setiap kali musim perayaan sama ada Raya, Tahun Baharu, Krismas mahupun cuti persekolah­an.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? — Gambar UKAS ?? RASMI: Abang Johari merasmikan penangguha­n Festval Layang Layang Antarabang­sa Kabong (KIKF) 2024 di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.
— Gambar UKAS RASMI: Abang Johari merasmikan penangguha­n Festval Layang Layang Antarabang­sa Kabong (KIKF) 2024 di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia