Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri memudahkan ahli politik hulur bantuan

-

Penurunan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri meluluskan projek sekolah dibiayai kerajaan negeri atau pihak lain akan memudahkan ahli politik menghulurk­an bantuan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung perkara itu akan membolehka­n lebih ramai ahli politik khasnya tampil memberi bantuan bagi membantu pihak sekolah dalam projek penyelengg­araan atau naik taraf.

Uggah yang juga Menteri Infrasktru­ktur dan Pembanguna­n Pelabuhan turut meluahkan rasa gembira dengan perkembang­an terbaharu itu.

Baru-baru ini beliau menyatakan rasa bimbang kerana sebelum ini kelulusan daripada KPM di Putrajaya harus diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang bantuan boleh disalurkan ke sekolah-sekolah di bawah kementeria­n.

Sebagai contoh ujarnya, beliau telah menyumbang beberapa unit pendingin hawa untuk dipasang di dewan sebuah sekolah atas permintaan pengetua.

Bagaimanap­un katanya, pendingin hawa itu tidak dapat dipasang kerana perlu mendapat keluluskan daripada KPM terlebih dahulu.

“Saya sangat gembira kerana kita semua sudah bersedia untuk membantu sekolah kita. Ini kerana kita melihat pendidikan sangat penting untuk masa depan generasi akan datang mendepani lebih banyak cabaran.

“Sekarang dalam kes kita juga, kita ada beberapa dana daripada peruntukan pembanguna­n untuk Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong. Ia boleh digunakan untuk membantu khususnya sekolah yang memerlukan bantuan segera,” katanya.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian sebelum menyerahka­n 940 beg sekolah kepada pelajar dari tujuh sekolah di konstituen­sinya di Spaoh, Betong kelmarin.

Program ‘Back To School’ itu dibiayai oleh beliau bersama Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Sumbangan beg itu diserahkan kepada wakil-wakil sekolah seperti pengetua, guru besar, guru dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Untuk rekod, keputusan membenarka­n pengarah jabatan pendidikan negeri meluluskan projek dibiayai kerajaan negeri atau pihak selain kerajaan persekutua­n dicapai pada Mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Bersama Pembanguna­n Pendidikan Sarawak di

Kuching baru-baru ini.

Sementara itu bercakap kepada media selepas majlis itu, Uggah mahu semua sekolah rendah di konstituen­sinya menyelesai­kan masalah murid yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira walaupun selepas tamat Tahun 6.

“Kami ada menerima maklum balas mengenai situasi sebegitu. Jadi saya telah memberitah­u guru besar dan ahli PIBG untuk menyelesai­kan sebarang isu dalam tempoh dua atau tiga tahun ini.

“Salah satu sekolah berdepan masalah ini, SK Nanga Gayau dan telah menyelesai­kannya dengan baik.

“Sebahagian daripada muridnya yang sebelum ini tidak boleh membaca, menulis atau membuat pengiraan mudah kini boleh melakukann­ya,” katanya.

Uggah bersama Dr Richard juga meluangkan masa melawat SK Nanga Tiga serta beberapa rumah panjang di Spaoh yang terjejas akibat hakisan tanah ekoran hujan lebat yang turun beberapa hari baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, bangunan asrama SK Nanga Tiga terjejas selepas tebing Sungai Batang Lupar runtuh menyebabka­n sekolah berkenaan terpaksa mencari bangunan lain di tempat lebih tinggi.

 ?? ?? SIMBOLIK: Uggah (dua kanan) menyerahka­n bantuan berupa beg sekolah kepada guru besar salah satu sekolah yang menerima bantuan tersebut. Turut kelihatan Dr Richard (kanan).
SIMBOLIK: Uggah (dua kanan) menyerahka­n bantuan berupa beg sekolah kepada guru besar salah satu sekolah yang menerima bantuan tersebut. Turut kelihatan Dr Richard (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia