Utusan Borneo (Sarawak)

Melanau diingatkan terus bersatu, bergerak aktif majukan ekonomi, pendidikan, sosial

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Taliff Salleh mengingatk­an komuniti Melanau khasnya yang menetap di Kuching terus bersatu padu dan bergerak aktif untuk memaju ekonomi, pendidikan dan sosial kaum itu.

“Kaum Melanau sangat unik meskipun mereka berbeza bahasa dan makna namun dapat hidup bersatu padu dan inilah kekuatan serta keunikan kaum Melanau yang harus dipertahan­kan. Komuniti Melanau harus menyerap situasi dan bergerak seiring dengan kaum lain dalam keterangku­man sosial agar kita tidak ketinggala­n dalam segala bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Melanau Kuching (PMK) Sesi 2024-2027 barubaru ini.

Len Talif yang juga penaung PMK dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang turut menyeru Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak dan PMK sentiasa saling membantu serta bergerak seiring untuk kemajuan dan pembanguna­n kaum Melanau di Kuching.

“Persatuan Melanau Kuching hendaklah aktif menjalanka­n aktiviti-aktiviti bagi

memberi manfaat kepada ahli dan keluarga mereka. Persatuan Melanau Kuching mahupun Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak perlu melihat semula objektif, peranan dan tujuan penubuhan mereka bagi memacu masa depan,” tambahnya.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Tritahunan (PMK) itu yang dihadiri 65 ahli menyaksika­n buat julung kalinya kesemua jawatan dimenangi oleh calon-calon tanpa bertanding.

Mesyuarat Agung Tritahunan PMK kali ini adalah untuk memilih jawatankua­sa baharu (Exco PMK) bagi mengemudi persatuan bagi tempoh tiga tahun akan datang (2024-2027).

Kebanyakan muka lama masih mempertaha­nkan jawatan masing-masing dan hanya dua sahaja calon baharu bertanding bagi mengganti dua ahli jawatankua­sa yang mengundur diri.

Fridah Osman sekali lagi dipilih sebagai Presiden untuk penggal kedua berturut-turut diikuti oleh Timbalan Presiden baharu John Ling Jirid Tira, naik satu tangga dari Naib Presiden I ke Timbalan Presiden. Manakala Naib Presiden I dan II masing-masing disandang oleh Hardi Keli dan Galidas Galau.

Bagi jawatan lantikan pula, lima muka lama dikekalkan iaitu Robin Junang (Setiausaha Agung), Eliza Diana Mas (Penolong Setiausaha Agung), Mordiah Mohd Ali (Bendahari Kehormat), Tres Andrew Taki (Penolong Bendahari Kehormat) dan Lian Kaliew (Ketua Penerangan).

Untuk jawatankua­sa biasa pula seramai enam calon telah menang tanpa bertanding iaitu Hippolinus Hipni Mun, Nor Ahad Seruji, Yusarima Dedo, Neng Fazila Roya, Marla Meliki dan Nur Izzatul Affifah Abdullah.

Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) Datuk Polit Hamzah, Pengerusi EDOK Datuk Dr Maliki Mahli dan ahli lembaga LAKKMS Datuk Sajeli Kipli.

 ?? ?? AMANAT: Len Talif berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Melanau Kuching.
AMANAT: Len Talif berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Melanau Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia