Utusan Borneo (Sarawak)

Kenal pasti produk berpotensi menjana pendapatan

Masyarakat Melayu Limbang perlu kenal pasti produk tempatan berpotensi untuk dipromosi, dipasar dan diperluas

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Masyarakat Melayu di Limbang perlu mengenal pasti produkprod­uk tempatan yang berpotensi untuk dipromosi, dipasar dan diperluas bagi meningkatk­an pendapatan dan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, produk tempatan yang popular di sini juga setanding dengan produk luar sekiranya mereka dapat mengkomers­ialkan dengan kaedah terkini dan berdaya saing.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, Limbang sememangny­a mempunyai pelbagai produk dan hasil tempatan yang diusahakan dan mampu diangkat melalui bimbingan Persatuan Melayu Limbang (PML).

“Limbang mempunyai banyak produk, cuma kita perlu tahu siapa yang mengumpulk­annya, memasarkan dan jika boleh kita perlu memikirkan cara untuk menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kios Program Peningkata­n Pendapatan dan Bazar Ramadan Dataran Usahawan Melayu di pekarangan Bangunan Pusat Pembanguna­n Komuniti Melayu di Kampung Bunga Raya, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar.

Limbang mempunyai banyak produk, cuma kita perlu tahu siapa yang mengumpulk­annya, memasarkan dan jika boleh kita perlu memikirkan cara untuk menambah pendapatan.

Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia

Jelas Hasbi lagi, kaedah pemasaran produk ini perlu dikendalik­an oleh pihak yang pakar melalui PML agar produk yang dihasilkan akan mampu bersaing di pasaran.

Pada masa sama katanya, PML juga perlu proaktif dalam membantu komuniti Melayu dalam memasarkan produk dan perniagaan mereka termasuk menganjurk­an bengkel-bengkel berkaitan.

Dalam pada itu, beliau mahu peniaga kios di Dataran Usahawan Melayu agar lebih berani menghasilk­an produk yang berkualiti dan bermuti tinggi.

Lebih penting katanya, mereka juga perlu menekankan aspek kebersihan premis dalam usaha menarik pembeli dan pengunjung.

wan Melayu di Kampung Bunga Raya yang juga men

jadi satu lagi lokasi bazar Ramadan selain di Lot 777.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Mohamad (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi sambil diperhatik­an Sulaiman (tiga kiri).
Seramai 25 peniaga kios berniaga di Dataran Usaha
TERIMA KASIH: Mohamad (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi sambil diperhatik­an Sulaiman (tiga kiri). Seramai 25 peniaga kios berniaga di Dataran Usaha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia