Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Skim Penempatan Semula Sekuau perlu diperbesar

-

SIBU: Kawasan Skim Penempatan Semula Sekuau harus dibuka dengan lebih besar lagi untuk menjangkau pembanguna­n yang lebih pesat.

Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berkata, ini kerana kawasan itu sudah padat dan memerlukan pembanguna­n yang lebih luas.

“Oleh itu, kita telah mencadangk­an pembinaan jalan menghubung­kan Sekuau ke Ulu Oya, Ulu Pakoh dan terus ke Kanowit yang amat penting bagi memudahkan pembanguna­n kawasan masing-masing.

“Pembinaan jalan ini mesti disertakan dengan penyediaan infrastruk­tur penting seperti bekalan elektrik dan air bersih,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sempena Jubli Emas Ke-50 Skim RASCOM di Dewan Penghulu Balang, Sekuau dekat sini, kelmarin.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chungat, pengerusi penganjur Henry Kanyan Vincent Rawing serta yang lain.

Menurut Edwin, pembinaan jalan tersebut telah dibangkitk­an dalam Agensi Pembanguna­n Mid Rajang yang akan membangunk­an empat kawasan DUN di kawasan RASCOM iaitu

Tamin, Kakus, Ngemah dan Machan.

Beliau juga memberitah­u, Kerajaan Sarawak telah memberi peruntukan RM1.5 bilion untuk agensi itu seperti yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Tidak lama lagi, kita akan merangka pelan dan akan mengumpulk­an semua ketua masyarakat, tuai rumah dan pegawai kerajaan dari kawasan masing-masing untuk bersama-sama membincang­kan idea dan rancangan pembanguna­n yang akan dilaksanak­an,” katanya.

Beliau juga telah berbincang

dengan Lembaga Pembanguna­n dan Perlindung­an Tanah (LCDA) berhubung perkara tersebut.

Bagaimanap­un jelasnya, LCDA telah menyatakan minat untuk membawa masuk sebuah syarikat bagi membangunk­an ladang tebu dan membina kilang gula di kawasan ini namun ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu apa sebabnya, saya masih belum berbincang dengan ketua masyarakat dan tuai rumah untuk mengetahui punca rancangan ini tidak menjadi.

“Jika rancangan ini dapat direalisas­ikan, ia dapat

memastikan kemajuan berterusan kawasan ini.

“Tolong beri peluang kepada idea ini,” katanya.

Sementara itu Edwin juga berkata, jasa dan pengorbana­n pasukan keselamata­n khususnya polis yang berjuang semasa pemberonta­kan komunis pada 1970-an amat dihargai.

Justeru tambahnya, majlis ini diadakan bagi memperinga­ti perjuangan mereka dalam memerangi pengganas komunis dan sempena 50 tahun penubuhan Skim Penempatan Semula RASCOM di Sekuau, Nanga Tada, Nanga Ngungun dan Jagau.

 ?? ?? RASMI: Edwin memukul gong sambil disaksikan Mancha (tiga kanan), Saga (dua kanan), Henry (dua kiri) serta yang lain untuk merasmikan Majlis Apresiasi PDRM Sempena Jubli Emas Ke-50 Skim RASCOM di Sekuau, kelmarin.
RASMI: Edwin memukul gong sambil disaksikan Mancha (tiga kanan), Saga (dua kanan), Henry (dua kiri) serta yang lain untuk merasmikan Majlis Apresiasi PDRM Sempena Jubli Emas Ke-50 Skim RASCOM di Sekuau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia