Utusan Borneo (Sarawak)

Nur Syakura mahu mengharumk­an nama Sarawak

Mahu menjadikan kemenangan kelimanya untuk mengharumk­an nama Sarawak di pentas kebangsaan kelak

- Oleh Mastura Ismail

Kemenangan ini adalah peluang sekali lagi kepada saya untuk membawa nama Sarawak ke peringkat kebangsaan.

LIMBANG: Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 Nur Syakura Mohamad Musa, 29, mahu menjadikan kemenangan kelimanya untuk mengharumk­an nama Sarawak di pentas kebangsaan kelak.

Jelasnya, ini merupakan kemenangan kali kelima dalam pertanding­an berprestij itu bermula 2017 sejak menyertain­ya pada 2014.

“Kemenangan ini adalah peluang sekali lagi kepada saya untuk membawa nama Sarawak ke peringkat kebangsaan.

“Mudah-mudahan peringkat kebangsaan kali ini saya akan dapat mengharumk­an nama Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63, malam kelmarin.

Jelasnya, beliau akan mengasah lagi bakat dan kema

Nur Syakura Mohamad Musa Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63

hiran dalam aspek pembacaan bersama gurunya meskipun menguasai kedudukan juara selama lima tahun berturuttu­rut.

“Fokus adalah terhadap latihan iaitu dari segi bacaan, memperbany­akkan talaqqi dan berjumpa dengan guru kerana cabang ilmu al-Quran memang memerlukan usaha yang lebih.

“Ilmu yang kita belajar ini bukannya mudah tetapi menerusi ilmu ini, ia akan jadi syafaat di hari akhirat kelak,” ujarnya.

Katanya, pemilihan Limbang sebagai tuan rumah juga memberi kelebihan kepadanya untuk mendalami lagi latihan sehingga diumum juara pada pertanding­an itu.

Sementara itu johan qari Ahmad Mukhlis Yahya berkata, istilah tidak putus asa untuk menggengga­m juara setelah lapan kali mencuba sejak 2016, berbaloi dengan kemenangan­nya.

“Saya memang kena kuatkan semangat sebab nak bangkit daripada kegagalan, perlu kuatkan mental dan tambah baik latihan.

“Kekuatan mental penting kerana di atas pentas macammacam boleh berlaku kepada peserta macam saya, jadi saya perlukan kekuatan itu untuk kekal tenang semasa

memperdeng­arkan bacaan,” katanya.

Selaku johan qariah dan qari, Nur Syakura dan Ahmad Mukhlis masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.

Kedua-dua mereka akan

mewakili Sarawak pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Hadiah kemenangan disampaika­n Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Mordiah Datuk Awang Daud, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk

Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai Pengerusi Jemaah Hakim majlis itu dan kenamaan lain.

 ?? ?? JOHAN QARIAH: Toh Puan Fauziah (kiri) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Nur Syakura disaksikan Dayang Morliah (tiga kiri) dan tetamu kenamaan lain kelmarin.
JOHAN QARIAH: Toh Puan Fauziah (kiri) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Nur Syakura disaksikan Dayang Morliah (tiga kiri) dan tetamu kenamaan lain kelmarin.
 ?? ?? TAHNIAH: Tun Wan Junaidi (tiga kiri) dan isteri menyerahka­n hadiah johan qari kepada Ahmad Mukhlis, disaksikan Awang Tengah (kiri) malam kelmarin.
TAHNIAH: Tun Wan Junaidi (tiga kiri) dan isteri menyerahka­n hadiah johan qari kepada Ahmad Mukhlis, disaksikan Awang Tengah (kiri) malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia