Utusan Borneo (Sarawak)

Akademi Azan Satok bangun, latih muazzin muda: Ibrahim

-

Akademi Azan Satok akan membangunk­an muazzin muda dalam kalangan masyarakat, memberikan mereka latihan yang diperlukan untuk menggalas peranan itu pada masa depan.

Menurut satu kenyataan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki berkata, program itu juga bertujuan membentuk sahsiah belia serta menerapkan nilainilai murni.

“Akademi Azan Satok adalah untuk membina sahsiah, jati diri dan menyemai disiplin dalam kalangan masyarakat, khususnya anak-anak kecil di peringkat sekolah.

“Diharap pihak akademi dapat meningkatk­an mutu bacaan azan melalui komitmen peserta dan program ini akan terus mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Akademi Azan dan Pertanding­an Lafaz Azan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat, Jalan Haji Bolhassan di sini, kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany yang juga Pengerusi Biro Pendidikan PBB Satok.

Ibrahim turut memuji Biro Pendidikan PBB Satok kerana menganjurk­an program terbabit, sambil menambah biro itu memainkan peranan penting dalam memastikan pembanguna­n pendidikan di kawasan berkenaan.

“Biro Pendidikan kami secara

aktif melibatkan masyarakat untuk menganjurk­an aktiviti yang menyumbang ke arah peningkata­n akademik kanak-kanak di Satok,” tambahnya.

Ujarnya, peranan biro itu terserlah menerusi penganjura­n kursus pemulihan selepas pandemik COVID-19 apabila mendapati sebilangan kanak-kanak sekolah rendah tidak dapat bersaing dengan kekurangan kelas fizikal.

“Program diadakan untuk membantu kanak-kanak yang pada masa itu tidak boleh membaca, menulis dan mengira. Syukur, kesemua mereka dapat mengejar dan kini dilengkapi dengan kemahiran asas ini.

“Saya berterima kasih kepada Biro Pendidikan kerana membangunk­an anak-anak muda kita menjadi lebih inovatif dan inventif supaya mereka boleh berjaya pada masa depan dan seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak,” katanya.

Seramai 14 warga sekolah SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan, SK Merpati Jepang dan SK Combined menyertai pertanding­an azan yang dibahagika­n kepada dua kategori - Harapan dan Permulaan.

Kategori Harapan dimenangi oleh Muhammad Ruzain Dzulkarnai­n Abdullah dari SK Rakyat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala dan sijil manakala kategori Permulaan dimenangi oleh Fikri Ilham Mohd Faizal Abdullah yang memenangi hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil.

 ?? ?? SYABAS: Ibrahim (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada Muhammad Ruzain yang memenangi kategori Harapan pertanding­an azan. Turut kelihatan, Abdul Samat (kanan).
SYABAS: Ibrahim (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada Muhammad Ruzain yang memenangi kategori Harapan pertanding­an azan. Turut kelihatan, Abdul Samat (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia