Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan aktiviti memasak, mengagihka­n bubur lambuk sebagai aktiviti tahunan

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mahu aktiviti memasak dan mengagihka­n bubur lambuk pada bulan Ramadan dijadikan sebagai aktiviti tahunan sebagai usaha memeriahka­n lagi sambutan bulan yang penuh keberkatan itu.

Menurutnya, penganjura­n aktiviti sebegini perlu dijadikan sebagai salah satu tradisi masyarakat Islam sebagai salah satu usaha bersedekah sesame sendiri semasa bulan mulia itu.

“Saya mahu usaha menganjurk­an program ini diteruskan oleh mana-mana pertubuhan mahupun persatuan sama ada milik kerajaan atau pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah satu usaha kita bersedekah pada bulan yang penuh keberkatan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Tahlil dan Program Agihan Bubur Lambuk 2024 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Datu bersama Kawasan RukunTetan­gga (KRT) Kampung Baru Hilir Sri Aman di Dewan Serba Guna Kampung Hilir, Sri Aman dekat sini petang kelmarin.

Beliau turut memuji usaha JKKK Kampung Datu bersama Kawasan RukunTetan­gga (KRT) Kampung Baru Hilir Sri Aman kerana telah bergabung tenaga dan mempunyai inisiatif menganjurk­an program ini sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya mengharapk­an pertubuhan yang lain termasuk JKKK di kawasan Lingga menganjurk­an program yang sama pada bulan Ramadan nanti sebagai usaha memupuk semangat muhibah antara satu sama lain selain mengamalka­n budaya bersedekah pada bulan yang penuh keberkatan nanti,” katanya.

Turut hadir memeriahka­n majlis adalah ResidenBah­agian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, wakil Pegawai Daerah Sri Aman Azmi Morshidi, Penghulu Norin Abang Noruddin, ketua-ketua kaum dan masyarakat bagi kawasan Haji Undom, Kampung Datu dan Tanjung Engkabang, ahliahli JKKK serta ahli-ahli KRT Kampung Baru Hilir Sri Aman.

Dalam pada itu, sebanyak 300 bungkus bubur berkenaan berjaya diagihkan kepada masyarakat setempat di sekitar kampung berkenaan.

 ?? ?? BUBUR LAMBUK: Dayang Noorazah (kiri) mengagihka­n bungkusan bubur lambuk kepada masyarakat setempat di Kampung Hilir, Sri Aman petang kelmarin.
BUBUR LAMBUK: Dayang Noorazah (kiri) mengagihka­n bungkusan bubur lambuk kepada masyarakat setempat di Kampung Hilir, Sri Aman petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia