Utusan Borneo (Sarawak)

Perturunka­n budaya, seni tradisi kepada generasi muda

Mereka wajar mewarisiny­a kerana amalan budaya tradisiona­l sesuatu masyarakat melambangk­an sifat, identiti sesuatu kaum

-

KUCHING: Kepelbagai­an budaya dan seni tradisi etnik di Sarawak perlu diperturun­kan kepada generasi muda bagi memastikan identiti kaum masing-masing terus terpelihar­a.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan berkata, golongan itu wajar mewarisiny­a kerana amalan budaya tradisiona­l sesuatu masyarakat melambangk­an sifat dan identiti sesuatu kaum.

“Di Sarawak, kita mempunyai 34 kumpulan etnik dan Orang Ulu adalah antara mereka.

“Justeru semua pihak terutama generasi lebih tua perlu memainkan peranan dengan memastikan budaya dan seni tradisi setiap kaum diturunkan kepada golongan muda hari ini.

“Sebagai contoh dalam seni tarian setiap suku kaum mempunyai tarian tradisiona­l, alat muzik dan kraf tangan tersendiri yang boleh kita ajar kepada anak-anak kita agar ia tidak hilang di telan zaman.

“Jadi, peliharala­h warisan budaya anda kerana ia adalah aset yang sangat penting,” katanya ketika berucap pada Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Ong Tiang Swee di sini,

malam kelmarin.

Majlis Malam Perpaduan buat julung kali itu dianjurkan oleh Pertubuhan Warisan Kebudayaan

Orang Ulu Sarawak (PEWAKOUS).

Sementara itu, Snowdan menyeru pelajar Sarawak yang melanjutka­n pelajaran di Semenanjun­g Malaysia atau luar negara untuk mengetenga­hkan budaya yang ada di negeri ini.

Katanya, mereka boleh berbuat demikian dengan memakai pakaian tradisiona­l kumpulan etnik masingmasi­ng.

“Dengan ini, kita bukan sahaja dapat memaparkan keunikan baju tradisiona­l bahkan boleh mempamerka­n identiti budaya etnik di Sarawak.

“Tidak kira sama ada anda Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina, Melayu atau Melanau bawalah pakaian tradisiona­l kamu ke universiti kamu,” katanya.

Justeru semua pihak terutama generasi lebih tua perlu memainkan peranan dengan memastikan budaya dan seni tradisi setiap kaum diturunkan kepada golongan muda hari ini.

Datuk Snowdan Lawan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

Pada majlis itu, Snowdan memberikan sumbangan dana sebanyak RM30,000 kepada PEWAKOUS.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang yang turut hadir pada majlis itu, juga memberikan sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi menyokong persatuan itu dari segi aktiviti mereka mempromosi­kan budaya dan warisan Orang Ulu.

Hadir sama Penaung PEWAKOUS Datin Sri Hau Ngo serta tetamu kehormat lain.

 ?? ?? TRADISIONA­L: Snowdan dibantu oleh Hau (tiga kanan) ketika mengenakan pakaian tradisiona­l dan hiasan kepala Orang Ulu pada Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Kuching, malam kelmarin.
TRADISIONA­L: Snowdan dibantu oleh Hau (tiga kanan) ketika mengenakan pakaian tradisiona­l dan hiasan kepala Orang Ulu pada Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia