Utusan Borneo (Sarawak)

Pang santuni warga Bintulu, dalami isu serta permasalah­an rakyat

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang mengambil kesempatan menyantuni warga Bintulu di Restoran Varinice, Tanjong Batu di sini, semalam.

Kesempatan yang ada jelasnya, digunakan untuk beramah mesra dengan orang awam yang turut menikmati sarapan pagi di restoran terbabit.

“Saya merasakan program sebegini sebagai acara yang amat santai bagi bertanya khabar serta mengetahui akan isu serta permasalah­an semasa yang dihadapi oleh orang awam,” ujarnya.

Apa yang lebih penting buat beliau sebagai wakil rakyat di Tanjong Batu ialah mengetahui permasalah­an yang dihadapi yang dizahirkan daripada mulut mereka send

iri, bukannya yang didengar daripada khabar angin yang tidak diketahui kesahihann­ya.

Pang menjelaska­n bahawa

ini antara cara terbaik berinterak­si dengan penduduk tempatan sambil mengedarka­n risalah mengenai perkhidmat­an yang disediakan di

Pusat Khidmat N68.

“Bagi sesiapa yang mempunyai mempunyai masalah atau memerlukan bantuan, mereka boleh berhubung terus dengan kami untuk sebarang pertanyaan, sekali gus membincang­kan penyelesai­an bagi setiap permasalah­an yang dihadapi,” ujarnya.

Beliau berkata, ia merupakan platform terbaik dan berkesan bagi mendekati rakyat dari segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat di bawah kawasan DUN Tanjong Batu.

Pang pada masa sama melahirkan rasa penghargaa­n serta terima kasih kepada orang awam yang turut serta dalam program santai itu, seterusnya memperoleh maklumat berguna berkaitan pelbagai perkara yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

 ?? ?? TURUN PADANG: Pang semasa menyantuni orang awam di Restoran Varinice, Tanjong Batu pagi semalam.
TURUN PADANG: Pang semasa menyantuni orang awam di Restoran Varinice, Tanjong Batu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia