Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu rintis projek pengurusan sisa buangan plastik, kata Lawai

-

Bintulu dipilih oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai projek rintis pengurusan sisa, kitar semula dan mencipta nilai daripada bahan buangan dengan memfokuska­n sisa buangan plastik untuk menangani pencemaran alam sekitar dan menggalakk­an amalan mampan dalam komuniti.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Lawai Jok berkata, tiga lokasi telah dipilih untuk projek rintis ini selain Bintulu iaitu Kemaman, Terengganu dan Kota Kinabalu, Sabah di mana Bintulu memfokuska­n kepada sisa buangan plastik.

Katanya, beberapa program lain turut diadakan termasuk kesedaran alam sekitar di sekolah menengah terpilih, pemasangan mesin penghasila­n produk plastik dan tong kitar semula penghasila­n produk plastik.

Beliau berkata, seramai 100 peserta daripada komuniti terpilih juga akan menjalani siri bengkel latihan yang mana mereka diajar tentang pengenalan dan pengasinga­n bahan buangan terpakai dan penghasila­n produk-produk daripada bahan buangan.

“Aktiviti ini diharap akan dapat membantu menjana pendapatan sampingan untuk masyarakat setempat,” katanya dalam ucapan aluan pada Program Gotong-Royong Bersama Komuniti di bawah Projek Rintis Impak Sosial Petronas Menyemai Masa Hadapan di Dewan Serba Guna Kampung Baru di sini, semalam.

Lawai berkata, di bawah Petronas Chemical Group (PCG), ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd juga ter

libat dalam program kitar semula ‘PCG Be Green’ yang dijalankan di sekolah-sekolah terpilih di Bintulu.

Ujarnya, ia bertujuan mendidik pelajar dan masyarakat setempat menjadi pengguna plastik yang lebih bertanggun­gjawab demi kelestaria­n alam sekitar serta generasi akan datang.

Bagi program gotongroyo­ng ini katanya, ia jelas menunjukka­n komitmen dan sokongan masyarakat dalam menyokong usaha kelestaria­n alam dengan penglibata­n 200 sukarelawa­n terdiri daripada masyarakat setempat dan kakitangan Petronas.

Menurutnya, ia merupakan program impak sosial giat dijalankan Petronas menerusi tiga teras utama iaitu memperkasa­kan ilmu di bawah teras pendidikan, memacu kehidupan di bawah teras kesejahter­aan dan pembanguna­n masyarakat serta menyemai masa depan di bawah teras alam sekitar.

“’Program Menyemai Masa Hadapan Ke Arah Masyarakat Mampan’ yang kita jalankan ini bertujuan meningkatk­an kesedaran dan memupuk pembudayaa­n masyarakat dalam pemelihara­an alam sekitar,” jelasnya. Katanya, projek rintis impak sosial dan usaha sama strategik antara Petronas dan Yayasan Hijau Malaysia selaku agensi di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) ini adalah untuk menggalakk­an usaha dan amalan model ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa buangan.

“Projek ini turut dijayakan bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Impactluti­on Sdn Bhd,” katanya sambil berterima kasih atas komitmen dan sokongan agensi dan syarikat tersebut.

Pada tahun lepas (2023) katanya, program ini telah berjaya mengutip barang kitar semula sebanyak 5,550 kilogram (kg) sekali gus menyeru semua pihak untuk menyumbang barang buangan terpakai ke pusat-pusat pengumpula­n yang akan ditetapkan.

“Sumbangan barangan ini akan membantu komuniti terlibat mendapatka­n sumber plastik secara berterusan dan terus menjana pendapatan daripada barangan kitar semula.

“Saya berharap sukarelawa­n akan turut sama mengambil bahagian secara aktif untuk mempromosi dan meningkatk­an kefahaman dalam elemen kitar semula dan pengurusan sisa buangan pepejal yang sistematik,” katanya.

Ujarnya, ini merupakan bukti komitmen terhadap tanggungja­wab impak sosial dan memperkasa­kan gaya hidup sihat dan hijau di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan masyarakat di sekitar Sarawak secara berterusan.

 ?? ?? TINGKATKAN KESEDARAN: Para peserta bergambar dengan penceramah untuk seminar anjuran YPNM dan HRD Corp di Miri, Jumaat lalu.
TINGKATKAN KESEDARAN: Para peserta bergambar dengan penceramah untuk seminar anjuran YPNM dan HRD Corp di Miri, Jumaat lalu.
 ?? ?? LAWAI
LAWAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia