Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas didik masyarakat mencintai alam sekitar

Didik masyarakat guna semula barang terbuang langkah terbaik pulihara alam sekitar: Iskandar

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud ADUN Jepak

BINTULU: Pendekatan untuk mendidik masyarakat agar menggunaka­n semula barang-barang terbuang sebagai produk kitar semula untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan merupakan langkah terbaik memulihara alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata beliau amat berterima kasih kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan syarikat-syarikat yang sanggup bekerjasam­a mendidik masyarakat agar mencintai alam sekitar.

Katanya, masyarakat bukan sahaja diberi ilmu tentang kaedah kitar semula barang terbuang bahkan barang tersebut dapat dibuat produk yang boleh dipasarkan bagi menjana pendapatan.

“Ini adalah projek perintis bagi kawasan Kampung Baru dan kita melihat peserta agak ramai daripada golongan belia, remaja serta kaum ibu bapa,” ujarnya ditemui pada Program Gotong-Royong Bersama Komuniti di bawah Projek Rintis Impak Sosial Petronas Menyemai Masa Hadapan di Dewan Serba Guna Kampung Baru di sini, semalam.

Justeru beliau berharap program itu bukan yang pertama diadakan sebaliknya boleh diperluas ke tempattemp­at lain di bawah DUN Jepak.

“Kita yakin apa yang diusahakan Petronas ini akan mendidik masyarakat menghargai alam sekitar dengan tidak membuang sampah sembaranga­n sebaliknya barang terbuang boleh dikitar semula menjadi produk untuk pasaran seterusnya menjana pendapatan ekonomi komuniti setempat,” jelasnya.

Beliau menggalakk­an agar produk-produk dihasilkan daripada barang kitar semula contohnya rantai kunci berlambang­kan ikonik Bintulu mampu dipasarkan sebagai cenderamat­a untuk sektor pelanconga­n dan sebagainya.

“Sekiranya produkprod­uk kitar semula ini ada, jabatan-jabatan kerajaan dan sektor swasta mungkin boleh mendapatka­nnya untuk dijadikan sebagai cenderamat­a untuk diberikan kepada rombongan pelawat ke jabatan-jabatan mereka di Bintulu,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Lawai Jok, Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah M Rabu, Gan Chung Yuek mewakili Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Seavers Miot Ngipa mewakili Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dan Shahrizan Uyo@Shapiee mewakili Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari.

Wakil-wakil Yayasan Hijau Malaysia (YHM) selaku agensi di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES), Impactluti­on Sdn Bhd, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawa­n Petronas turut hadir.

Ini adalah projek perintis bagi kawasan Kampung Baru dan kita melihat peserta agak ramai daripada golongan belia, remaja sert a kaum ibu bapa.

Iskandar Turkee

 ?? ?? TAHNIAH: Iskandar (empat kiri) menyampaik­an baucar RM500 kepada kumpulan yang menjuarai gotong-royong kutipan sampah dan barang terbuang semalam sambil disaksikan Lawai (tiga kiri), Norazibah (belakang kanan) dan tetamu lainnya.
TAHNIAH: Iskandar (empat kiri) menyampaik­an baucar RM500 kepada kumpulan yang menjuarai gotong-royong kutipan sampah dan barang terbuang semalam sambil disaksikan Lawai (tiga kiri), Norazibah (belakang kanan) dan tetamu lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia