Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng dipuji

-

Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng (Wai Sheng) Miri dipuji kerana dedikasi mereka mempromosi­kan tarian singa sebagai sukan dengan giat melatih dan menyediaka­n atlet mereka sepanjang tahun.

Malah mereka telah membuktika­n usaha tersebut dengan jumlah penyertaan dalam pertanding­an dan trofi yang mereka perolehi, hasil kemenangan mereka.

Kaunselor Nicholas Toh Kah Siong berkata, tidak seperti kumpulan tarian singa lain yang biasanya membuat persembaha­n semasa majlis khas seperti Tahun Baharu Cina, Wai Sheng Miri telah membuktika­n keupayaan mereka untuk memupuk dan melatih pelatih sedia ada dan baharu serta keazaman mereka untuk mengekalka­n budaya masyarakat Cina.

“Malah tarian naga dan singa telah diklasifik­asikan sebagai sukan di Malaysia dan terdapat agensi (seperti Malaysia Lion Dance Federation) yang mahu mempromosi­kannya untuk menjadi acara yang kompetitif seperti di Sukan Malaysia (SUKMA).

“Sekiranya ia berjalan lancar, saya dapat melihat bahawa Persatuan Tarian Naga dan Singa Wai Sheng Miri ini, akan menjadi yang pertama di Miri untuk mengambil peluang bertanding kerana mereka telah bekerja keras untuk melatih atlet masingmasi­ng,” ujar Toh lagi.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita di sini selepas hadir merasmikan majlis makan tengah hari penghargaa­n serta penyampaia­n sijil kepada ahli-ahli Wai Sheng Miri di sebuah restoran di sini, semalam di mana beliau mewakili Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

“Perkara ini bukan mustahil, lebih-lebih lagi mereka telah menyertai pertanding­an pada setiap peluang yang ada dan ini amat membantu mereka memperoleh pengalaman yang diperlukan,” kata Toh.

Sementara itu, pengasas bersama dan pengerusi Wai Sheng Vincent Chee berharap dapat menambah bilangan pelatih dengan lebih banyak pengambila­n atlet muda, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang berminat dalam tarian singa.

“Kami mahu mendidik lebih ramai orang tentang tarian naga dan singa dan untuk mengekalka­n budaya Cina.

“Ia adalah satu bentuk sukan yang melibatkan banyak teknik, kemahiran, stamina dan semangat berpasukan tetapi yang lebih penting untuk membina keyakinan dan harga diri,” kata Chee lagi.

Turut hadir Kapitan Jee Kee Hiong yang merupakan presiden persatuan itu, Kaunselor Tan Lik Jin yang mewakili Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting dan Kaunselor Jeffrey Phang.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Toh (duduk, lima kiri) bersama Chee (duduk, empat) kiri dan tetamu kehormat yang lain, bergambar bersama sebahagian ahli-ahli Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng serta jurulatih mereka semalam.
PENGHARGAA­N: Toh (duduk, lima kiri) bersama Chee (duduk, empat) kiri dan tetamu kehormat yang lain, bergambar bersama sebahagian ahli-ahli Persatuan Tarian Singa dan Naga Wai Sheng serta jurulatih mereka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia