Utusan Borneo (Sarawak)

Batal lesen jika syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi seleweng, kata Armizan

- — Bernama

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalka­n serta-merta lesen syarikat pembungkus­an minyak masak paket bersubsidi yang didapati terlibat dalam aktiviti penyelewen­gan hingga menyebabka­n ketirisan agihan bekalan keperluan itu di pasaran.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN telah mengenal pasti beberapa syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelewen­gan dan ketirisan itu termasuk ketika menjalanka­n proses pembungkus­an minyak masak paket bersubsidi.

Menurutnya ada juga syarikat yang didapati menjual barang kawalan itu kepada industri dan bukannya peruncit untuk kegunaan pengguna selain menjualnya ke negara jiran.

“Kita (KPDN) akan mengumumka­n (jumlah) keseluruha­n (syarikat pembungkus­an minyak masak paket bersubsidi terlibat aktiviti penyelewen­gan dan ketirisan) selepas Mac ini kerana ada beberapa negeri yang belum selesai audit,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Jualan Rahmah di Kinarut di sini semalam.

Armizan berkata kementeria­n serius dalam memastikan tidak ada mana-mana syarikat pembungkus minyak masak paket bersubsidi berterusan mensabotaj program baik diperkenal­kan kerajaan bagi membantu golongan sasar mendapatka­n barang keperluan itu pada harga murah di pasaran.

“Mana-mana pihak didapati telibat dalam penyelewen­gan dan ketirisan, kita akan ambil tindakan serta- merta termasuk dari segi perundanga­n,” katanya menambah syarikat pembungkus­an minyak masak paket bersubsidi di Sabah juga tidak terkecuali daripada berdepan tindakan tegas berkenaan.

Armizan berkata kementeria­n juga akan menambah baik Sistem Skim Penstabila­n Harga Minyak Masak (eCoss) bagi memantau proses pengagihan minyak masak paket bersubsidi daripada syarikat pembungkus­an kepada peruncit.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan membelanja­kan RM1.5 bilion bagi membekalka­n sebanyak 60 juta paket minyak masak bersubsidi di pasaran.

Di Sabah, Armizan berkata kementeria­nnya akan terus memperkuku­h kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat negeri bagi memastikan syarikat pembungkus minyak masak paket bersubsidi dapat menyalurka­n bekalan ke setiap daerah memerlukan.

Beliau berkata 90 peratus daripada syarikat pembungkus­an minyak masak paket bersubsidi di Sabah, dilantik di pantai timur negeri itu merangkumi Sandakan, Tawau dan Semporna, manakala hanya 10 peratus sahaja di kawasan pantai barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia