Utusan Borneo (Sarawak)

Lima ditahan kerana merusuh di Sibu

Suspek yang berumur 29 hingga 55 tahun merusuh di pusat hiburan awal pagi semalam

- Oleh Florence Nervyn ACP Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Sibu

SIBU: Lima lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes merusuh di sebuah pusat hiburan di daerah ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur 29 hingga 55 tahun.

Katanya, sekitar jam 1.44 pagi pihak polis telah menerima satu laporan mengenai kejadian merusuh melibat beberapa individu di sebuah pusat hiburan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah melakukan serbuan dan tangkapan ke atas lima lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini.

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu empat kes jenayah dan satu kes narkotik,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, punca kejadian dipercayai salah seorang suspek dalam keadaan mabuk telah mengganggu ahli keluarga mangsa yang sedang minum di situ sehinggala­h berlaku pertengkar­an dan berlaku pergaduhan hingga ke luar pusat hiburan.

“Dalam kejadian ini, empat individu telah mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Sibu,”ujarnya.

Katanya, kesemua tangkapan akan dipohon tahanan reman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

“Pihak polis masih berusaha mengesan suspek yang masih bebas.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah melakukan serbuan dan tangkapan ke atas lima lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini.

 ?? ZULKIPLI ??
ZULKIPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia