Utusan Borneo (Sarawak)

Satu lagi mayat dijumpai di Tanjung Singat, dua disahkan mangsa bot karam di Baleh

-

Tiga mayat dijumpai terapung di lokasi berasingan kelmarin dan dua daripadany­a disahkan mangsa bot karam di Batang Baleh, Kapit.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu yang berkata, dua yang disahkan antara empat mangsa bot karam, dikenal pasti sebagai Sarjan Jonathan Lambet, 51, dan Jack Balan, 44.

Manakala mayat ketiga jelasnya, dijumpai di kawasan Tanjung Singat, Meradong dan masih belum dikenal pasti secara mutlak dan telah dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Polis telah dimaklumka­n tentang penemuan mayat seorang lelaki oleh orang awam yang dijumpai terapung berhampira­n Jambatan Lanang pada jam 12.30 tengah hari manakala mayat kedua ditemui hanyut di hadapan Terminal Bot Ekspres Kapit kira-kira jam 4.04 petang Sabtu.

“Mayat pertama dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang memancing di bawah Jambatan Lanang dan bertindak mengikat mayat itu menggunaka­n tali sebelum ditunda menggunaka­n bot menuju ke Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 Sibu dan telah diserahkan kepada pihak polis.

“Mayat itu telah dikenal pasti sebagai Jack Balan

serta disahkan isteri dan ahli keluargnya,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Rohana berkata, mayat kedua pula ditemui hanyut di hadapan Terminal Bot Ekspres Kapit pada jam 4.04 petang.

“Mayat kedua dikenal pasti oleh kakaknya sebagai Sarjan Jonathan Lambet yang berpakaian seragam polis dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kapit.

“Kira-kira dua jam kemudian, pihak kami sekali lagi dimaklumka­n bahawa satu lagi mayat ditemui di kawasan

Tanjung Singat, Meradong.

“Namun mayat ketiga belum dikenal pasti secara mutlak dan telah dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, proses pengecaman oleh ahli keluarga dijangka dilakukan dalam masa terdekat ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga ditangguhk­an pada jam 6.30 petang kelmarin dan disambung semula semalam.

Dua lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28,

dari Cawangan Persenjata­an di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit dan Amerson John James Naim, 47.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang Khamis lalu, dua anggota polis bersama dua lagi penumpang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas apabila bot fiber yang dinaiki lima orang termasuk juragan karam di Batang Baleh berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong di Kapit.

Hanya seorang lelaki dikenali sebagai Moses Ngui, 47, berjaya diselamatk­an oleh orang awam ketika itu.

 ?? ?? MEMILUKAN: Pasukan SAR mengangkat mayat kedua dikenal pasti sebagai Sarjan Jonathan Lambet yang ditemui hanyut di hadapan Terminal Bot Ekspres Kapit petang kelmarin.
MEMILUKAN: Pasukan SAR mengangkat mayat kedua dikenal pasti sebagai Sarjan Jonathan Lambet yang ditemui hanyut di hadapan Terminal Bot Ekspres Kapit petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia