Utusan Borneo (Sarawak)

24 bayi, kanak-kanak antara 58 PATI ditahan di Miri

-

Seramai 24 bayi dan kanak-kanak antara 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (JIMS) dalam serbuan di sekitar bandar raya Miri pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Abdul Halim Abang Naili berkata, operasi kirakira jam 12.15 tengah malam itu melibatkan 60 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkua­saan JIMS.

“Operasi ini dinamakan sebagai Ops Sapu dan telah dirancang setelah kita mendapat maklumat daripada hasil risikan di mana terdapat warga asing yang disyaki bekerja tanpa pas yang sah, menyalahgu­nakan pas dan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia.

“Jumlah yang ditahan seramai 58 orang (yang) terdiri daripada 20 lelaki, 14 wanita dan 24 bayi serta kanakkanak,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau menjelaska­n antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan kesalahan-kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan PeraturanP­eraturan Imigresen 1963.

Sehubungan itu, kesemua tahanan ditempatka­n di Depot Tahanan Imigresen Bekenu untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu Abdul Halim memberitah­u, operasi seperti itu akan dijalankan di seluruh Sarawak sepanjang tahun ini sebagai satu usaha untuk mengekang kemasukan warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah.

“JIMS juga menyeru orang ramai untuk bekerjasam­a dengan JIMS dengan menyalurka­n maklumat berhubung keberadaan warga asing yang disyaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah,” gesa beliau.

 ?? ?? DITAHAN: Antara warga asing yang berjaya ditahan dalam serbuan pada Jumaat lalu.
DITAHAN: Antara warga asing yang berjaya ditahan dalam serbuan pada Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia