Utusan Borneo (Sarawak)

Scoot dicadang selaras waktu penerbanga­n Singapura-Sibu

Bagi memudahkan pelancong khususnya warga emas dan kanak-kanak, penerbanga­n jam 5.25 pagi terlalu awal

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Syarikat penerbanga­n tambang rendah Scoot milik Singapura dicadangka­n untuk melaraskan jadual penerbanga­nnya bagi laluan Singapura-Sibu bagi memudahkan pelancong khususnya warga emas dan kanak-kanak.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata, penerbanga­n jam 5.25 pagi ke Sibu adalah terlalu awal dan mungkin memaksa pelancong untuk menginap di hotel mahal di Lapangan Terbang Changi.

“Bagi saya, adalah baik untuk mempunyai Scoot untuk masuk tetapi masanya tidak mesra.

“(Penerbanga­n) Dari Singapura ke Sibu adalah pada jam 5.25 pagi untuk setiap Rabu, Jumaat dan Ahad manakala Sibu ke Singapura adalah pada jam 7.50 pagi.

“Penerbanga­n (dari Singapura

ke Sibu) terlalu awal, saya tidak tahu mengapa ia begitu,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan Kaunter Perkhidmat­an Bergerak SUPP Cawangan Dudong di kedai kopi Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 28A di sini, semalam.

“Selain itu, penumpang terpaksa bermalam di Singapura dan hotel di Singapura (caj) dalam Dolar Singapura, yang ‘menyakitka­n’ (mahal).

“Sebagai contoh, hotel lima bintang di lapangan terbang (di Singapura) adalah kira-kira RM1,325 semalam manakala hotel tiga bintang

RM601 semalam,” tambahnya.

“Caj minimum hotel adalah kira-kira RM400 (setiap malam).

“Walaupun Scoot (tambang penerbanga­n) murah tetapi jika difikirkan untuk bermalam di Singapura, ia akan menjadi mahal.

“Kemudian sesetengah orang berkata mereka lebih suka menunggu di lapangan terbang daripada menginap di hotel lapangan terbang,” jelasnya.

Turut hadir Penasihat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, Setiausaha Politik Premier

Sarawak William Anut dan Pemanca Paing Tawi.

Bagi tujuan ini, Wong menyatakan bahawa jadual penerbanga­n

untuk Singapura-Miri adalah lebih mesra.

“Masa penerbanga­n untuk Miri lebih mesra, Singapura-Miri

adalah pada jam 4.55 petang manakala Miri-Singapura adalah jam 7.40 malam.

“Jadi, ini adalah masa yang lebih mesra.

“Diharapkan masa untuk penerbanga­n Singapura-Sibu dapat diubah.

“Saya harap syarikat penerbanga­n akan mempertimb­angkan untuk menjadualk­an semula kepada masa yang lebih mesra,” tambahnya.

Sementara itu, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata baru-baru ini, anak syarikat penerbanga­n Singapore Airlines (SIA) telah bersetuju dengan permintaan Sarawak untuk menambah penerbanga­n ke Sarawak bermula Mei dan Jun tahun ini susulan pertemuann­ya dengan mereka di Miri tahun lepas.

Dengan perjanjian baharu ini, Kuching akan kekal mempunyai tujuh penerbanga­n setiap minggu, Miri mempunyai empat penerbanga­n mingguan bermula 20 Mei dan Sibu mempunyai tiga penerbanga­n mingguan bermula 5 Jun.

(Penerbanga­n) Dari Singapura ke Sibu adalah pada jam 5.25 pagi untuk setiap Rabu, Jumaat dan Ahad manakala Sibu ke Singapura adalah pada jam 7.50 pagi.

Wong Ching Yong Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong

 ?? ?? SEDIA BERKHIDMAT: Wong (duduk tengah) bersama pasukannya semasa mengadakan Kaunter Perkhidmat­an Bergerak SUPP Cawangan Dudong di Sibu, semalam.
SEDIA BERKHIDMAT: Wong (duduk tengah) bersama pasukannya semasa mengadakan Kaunter Perkhidmat­an Bergerak SUPP Cawangan Dudong di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia