Utusan Borneo (Sarawak)

Semua program ditawar AWISAR diberi penarafan lima bintang

-

KUCHING: Penarafan lima bintang diberi baru-baru ini oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (di bawah Kementeria­n Sumber Manusia Malaysia) untuk semua program yang ditawarkan oleh Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (AWISAR).

Menurut satu kenyataan pihak AWISAR, ia adalah pengesahan kualiti dan perkaitan industri automotif institut itu bagi program kimpalan, termasuk sumbangan berterusan­nya untuk memajukan usaha murni pembanguna­n bakat di Sarawak dan Malaysia secara keseluruha­n.

“AWISAR adalah sebahagian daripada Kumpulan Institusi Pembelajar­an Sarawak Skills (Sarawak Skills).

Majlis anugerah tersebut telah diadakan pada 7 Mac 2024 di Japan Malaysia Technical Institute (JMTi), Pulau Pinang sempena ‘Karnival Jelajah Madani Jom Masuk TVET Zon Utara 2024’,” katanya.

Pada majlis anugerah itu, Pengurus Besar AWISAR Jaidil Yakop telah menerima anugerah berprestij daripada

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementeria­n Sumber Manusia Dato Norison Ramli.

Karnival itu dianjurkan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dengan kerjasama JMTi dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Tahun lepas (September 2023), AWISAR menerima Anugerah Penyedia Latihan TVET Terbaik (Automotif & Kimpalan) semasa Majlis Anugerah Pendidikan & TVET Malaysia 2023 di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai anugerah terbaru itu, Pengarah Eksekutif Institusi Pembelajar­an Kumpulan Kemahiran

Sarawak (Sarawak Skills) dan Pengarah Urusan AWISAR Sdn Bhd Hallman Sabri menekankan, menjadi satu penghormat­an untuk AWISAR menerima anugerah berprestij ini yang memberikan penarafan lima bintang (Sangat Berdaya Saing) untuk semua program kemahiran ditawarkan­nya.

Ini termasuk, Kenderaan Ringan - Perkhidmat­an Pembaikan, Kenderaan Ringan - Perkhidmat­an Diagnostik, Operasi Perkhidmat­an Selepas Jualan - Kenderaan Bermotor, Proses Kimpalan Arka Logam Terlindung (SMAW) dan Pengurusan Teknologi Kimpalan.

“Anugerah ini mengambil tempat yang sepatutnya di antara pencapaian penting kami semasa pelayaran berterusan kami untuk memudahkan usaha murni pembanguna­n bakat.

“Sememangny­a anugerah itu adalah bukti yang jelas terhadap peranan dan sumbangan AWISAR sebagai pemegang kepentinga­n dalam transforma­si landskap ekonomi, pendidikan dan digital negara kita.

“Sekali gus, komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk mengibarka­n bendera kecemerlan­gan dalam pendidikan dan latihan lepas menengah untuk tenaga kerja semasa dan generasi akan datang,” katanya.

 ?? ?? TAHNIAH: Jaidil (tiga kanan) menerima anugerah daripada Norison (tiga kiri) di majlis itu baru-baru ini.
TAHNIAH: Jaidil (tiga kanan) menerima anugerah daripada Norison (tiga kiri) di majlis itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia