Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308A2 santuni penduduk tiga kampung

-

Pelbagai aktiviti diadakan Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308A2 Wilayah 4 Zon 9 semasa Projek Komuniti Luar Bandar Telang Usan 2024 memberi impak yang sangat positif kepada penduduk tiga kampung yang dilawati.

Gabenor Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308A2 Kapitan Ronny Hiew berkata, beliau bersyukur segala yang dirancang berjalan dengan sangat baik dan mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an daripada penduduk setempat.

“Sebagaiman­a setiap program yang melibatkan komuniti terutama luar bandar, kita menyediaka­n pelbagai aktiviti dan acara yang padat bagi memenuhi kesemua aspek yang ditekankan dalam Kelab

Lions.

“Antara aktiviti yang diadakan kali ini ialah perkhidmat­an pemeriksaa­n mata, pemeriksaa­n gigi, ortopedik, pemeriksaa­n tekanan darah dan gula termasuk semakan Indeks

Jisim Badan (BMI) dan servis gunting rambut,” katanya berucap merasmikan program tersebut di Dewan Kampung Long Tujang, Ulu Baram kelmarin.

Selain itu katanya, rombongan Kelab Lions itu turut mengadakan projek penanaman pokok kelapa, selain gotong-royong di Kampung Long Tujang.

“Penanaman pokok kelapa ini sebagai simbolik kepada pertumbuha­n dan kemampanan serta saya berharap usaha kami membersihk­an persekitar­an juga akan memberi impak yang besar buat komuniti.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapka­n terima kasih kepada ahli-ahli lima Kelab Lions yang terlibat iaitu Miri Mandarin, Batu Niah, Lambir, Lutong dan Marudi Mandarin kerana menjayakan projek komuniti kali ini dengan cukup baik sekali,” ujarnya.

Program dua hari satu malam di Kampung Long Bemang, Long Tujang dan Long Buang itu melibatkan seramai 50 sukarelawa­n.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Kelab Lions menyerahka­n bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk Kampung Long Tujang.
TERIMA KASIH: Kelab Lions menyerahka­n bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk Kampung Long Tujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia