Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival dan Pertanding­an Dayung Gawea Tematu 2024 pada 28-29 Jun

-

Karnival Gawai Tematu dan Pertanding­an Dayung Gawea Tematu 2024 kembali diadakan tahun ini pada 28 dan 29 Jun di Kampung Tematu di sini.

Anjuran Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna (KRPPDS) Kampung Tematu, karnival dan pertanding­an ini merupakan acara tahunan bagi memeriahka­n sambutan Hari Gawai.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada karnival dua hari ini dengan tiga acara yang menjadi tumpuan ialah Pertanding­an Onak Dayung Gawea Tematu, Pertanding­an Sindok Gawea Tematu dan Pertanding­an Dayung Gawea Tematu.

Pertanding­an Onak Dayung Gawea Tematu terbuka kepada kanak-kanak perempuan berumur 4 hingga 12 tahun dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian.

Yuran penyertaan adalah RM30 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April depan di mana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500 berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper.

Manakala tempat kedua dan ketiga akan masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM400 dan RM300 juga berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM100 untuk pemenang sagu hati.

Bagi Pertanding­an Sindok Dayung Gawea Tematu pula, ia terbuka kepada wanita yang telah berkahwin/ibu tunggal dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian.

Yuran penyertaan adalah RM50 dan tarikh tutup penyertaan pada 7 April ini di mana pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper.

Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,200 dan RM1,000 juga berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM100 untuk pemenang sagu hati.

Kemuncak karnival ini adalah Pertanding­an Dayung Gawea Tematu, terbuka kepada gadis muda berumur antara 18 hingga 28 tahun dari Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Padawan, Siburan, Penrissen dan Serian dengan ketinggian 152 sentimeter dan ke atas.

Yuran penyertaan adalah RM100 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April ini di mana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper.

Manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM1,800 dan RM1,500 juga berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga dan hamper serta RM300 bagi pemenang sagu hati.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai karnival dan pertanding­an itu, hubungi pengerusi penganjur John Pata (019-8259395) atau Leonora (014-5026143).

 ?? — Gambar Micklong Bridal Studio ?? UNTUK ALBUM: Finalis Onak Dayung, Sindok Dayung dan Dayung Gawea Tematu 2023 merakam gambar kenangan di Pusat Warisan Bung Bratak.
— Gambar Micklong Bridal Studio UNTUK ALBUM: Finalis Onak Dayung, Sindok Dayung dan Dayung Gawea Tematu 2023 merakam gambar kenangan di Pusat Warisan Bung Bratak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia