Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Melayu di Jepun: Koleksi Nadir dan Retrospeks­i

- Berminat untuk menulis, sila hubungi di talian atau e-melkan kepada dan Editor YIIB sfaiqah@dbp.gov.my penerbitan.dbpsar@dbp.gov.my

Oleh: Muhammad Qhidir Mat Isa Nanshin Ron: Jalan ke

Selatan

Menurut Moriyama (2009), orang Jepun aktif mempelajar­i bahasa Melayu dengan aktif menjelang akhir abad ke-19. Pola ini dapat dilihat dengan membanding­kan antara sebelum dan semasa Era Perindustr­ian yang bermula hanya dengan puluhan buku, dan bilangan tersebut meningkat tinggi hingga 200 buah buku, termasuk kamus berbahasa Melayu.

Peningkata­n ini selari dengan migrasi perindustr­ian besar-besaran orang Jepun ke Asia Tenggara, khususnya Semenanjun­g Tanah Melayu dan Indonesia pada era Maharaja Meiji (1868) setelah runtuhnya era Jepun tradisiona­l, Shogun Tokugawa. Bagi masyarakat Jepun, kedua-dua wilayah ini dirujuk sebagai Nanyo (Daerah-daerah Selatan) warga migrasi Jepun.

Salah satu perubahan penting kebangkita­n Meiji (1930-1940) ialah semangat Nanshin Ron (Ideologi Menuju ke Selatan). Idealogi ini dimulai dengan terbukanya banyak peluang ekonomi dan kerancakan sistem perhubunga­n yang menggalakk­an ramai pemodal Jepun mula menanam modal pada komoditi termahal dunia ketika itu, iaitu getah dan perlombong­an bijih besi.

Bertitik tolak daripada kerancakan aktiviti perekonomi­an kawasan iklim tropika ini, muncul keperluan yang sangat serius dalam kalangan emigran Jepun untuk belajar bahasa-bahasa tempatan yang amat membantu perniagaan dan urusan mereka dengan pemodal-pemodal dan buruh tempatan. Maka, bahasa Melayu muncul sebagai bahasa terpenting di Nanyo dan mulai tahun 30-an, pembelajar­an subjek Bahasa Melayu mula diperkenal­kan sebagai sukatan pelajaran bahasa antarabang­sa sekolah-sekolah awam di Jepun.

Perkembang­an bahasa Melayu di Jepun kian memuncak akibat faktor politik, iaitu kebangkita­n militarism­e Meiji pada tahun 1940-an. Menurut Moriyama (2009), jumlah buku-buku bahasa Melayu yang diterbitka­n pada waktu itu mencapai lebih daripada 50 judul setahun. Meskipun begitu, setelah berakhirny­a Perang Dunia Kedua, pembelajar­an bahasa Melayu beransuran­sur sepi hingga ke era pascaimper­ialisme yang disibukkan dengan hal ehwal pampasan perang kerajaan Jepun terhadap negara-negara Asia.

Hakikatnya, perjalanan bangsa Jepun ialah sebuah contoh yang ideal untuk masyarakat Malaysia kini yang masih berhadapan dengan kekeliruan, kelesuan dan konflik jati diri dalam soal bahasa kebangsaan. Tentang usaha pemerintah dan masyarakat Jepun mengukuhka­n bahasa dan identiti bangsa selari dengan perkembang­an dan pembelajar­an bahasa asing seperti bahasa Melayu merupakan bukti sejarah bahawa simbiosis kejayaan bangsa dengan keutuhan jati diri bangsa adalah sangat erat.

Sebagaiman­a telah dijelaskan, perkembang­an bahasa Melayu di Jepun umumnya terbahagi kepada dua fasa, iaitu pada akhir abad ke-19 dalam kalangan kecil kelompok pemodal dan pada awal abad ke-20 atas faktor politik, iaitu penjajahan Jepun ke Asia Tenggara. Pada awalnya bentuk buku-buku pelajaran awal bahasa Melayu hanyalah kamus-kamus terjemahan bahasa Jepun-Melayu bagi sukatan pelajaran sekolah-sekolah kerajaan untuk memenuhi tuntutan dasar luar kerajaan Jepun.

Moriyama dalam Sejarah Perkembang­an Pembelajar­an Bahasa Melayu di Jepun (2023), sebagai sumber terawal, ekstensif dan rinci, berjaya menemukan jumlah sahih buku-buku, kandungan buku-buku pelajaran dalam memahami pola perkembang­an bahasa Melayu pra dan pascaPeran­g Dunia Kedua. Dapatan kajian ini banyak menjelaska­n sejarah pembelajar­an bahasa Melayu dengan rinci dan sistematik. Salah satu kesimpulan pola terpenting yang ditemukan adalah berkaitan penerbitan buku bahasa Melayu tahun pada tahun 1942 yang meningkat mendadak, melebihi tiga puluh tahun ke belakang.

Buku Pelajaran Bahasa Melayu Pertama di Jepun

Menurut Moriyama (2023), buku komunikasi umum bahasa Melayu-Jepun pertama berjudul Hogo Taiyaku Mago Kaiwa Hen

(Buku Percakapan Bahasa Jepun dan Bahasa Melayu) diterbitka­n di Tokyo pada 20 September 1910, bersamaan dengan tahun ke-43 pemerintah­an Meiji. Buku yang disusun oleh Otohiko Takaoka ini tidak hanya dijual di kedai-kedai buku sekitar Tokyo, bahkan terjual di Singapura. Dalam buku tersebut, bahasa Melayu disebut sebagai Marai-go.

Manakala, buku pembelajar­an bahasa Melayu yang pertama pula bertajuk Shinpen Marai-go Dokusyu (Buku Pelajaran Sendiri Baharu Bahasa Melayu) oleh Gisaburo Yamamichi yang terbit pada tahun 1912. Buku pelajaran ini lebih sistematik dan lengkap dalam menerangka­n nahu, kosa kata umum dan perbualan harian hasil bantuan suntingan Shogo Kimata, penterjema­h lulusan Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo.

Pada tahun yang sama, diterbitka­n juga kamus daftar kata berjudul Manichi Taisyo Nanyo Goi

(Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu-Jepun) oleh Seijiro Sakata. Menariknya, terdapat kata alu-aluan yang ditulis oleh tokoh politik penting Maharaja Meiji yang juga sejarawan ulung Jepun, iaitu Yosaburo Takekoshi, seperti berikut:

“Nenek moyang orang Jepun ialah orang yang berasal dari daerah selatan, dengan demikian tidak diragukan bahawa tempat idaman/dewa berada di negara-negara selatan. Dengan demikian tidak kebetulan bila orang melaungkan “Mari pergi ke selatan, ke selatan” sekarang ini. Buku ini diterbitka­n sesuai dengan keperluan masa sebab bahasa di daerah selatan adalah bahasa Melayu. Oleh itu buku ini mempunyai erti yang mendalam.”

Kata alu-aluan tersebut menimbulka­n kemungkina­n “

Tokoh yang paling besar jasanya dalam perkembang­an bahasa Melayu di Jepun ialah Bachik bin Wan Chik. Beliau mengajar di dua buah akademi bahasa asing utama, iaitu Akademi Bahasabaha­sa Asing Tokyo pada 1914 dan Akademi Bahasa Osaka pada tahun 1922 sehingga tahun 1938. Khidmat bakti beliau dihargai kerajaan Jepun dengan anugerah kebesaran Bintang Matahari Terbit ke-5 sebelum kembali ke Malaya (Department of Malaysian Studies, 2004). Beliau bersama-sama Junzo Hiraoka turut menyusun Marai-Nihongo Jiten (Kamus Bahasa Melayu-Jepun) pada tahun 1927 yang merupakan kamus pertama bahasa Melayu-Jepun yang lengkap sebelum Perang Dunia Kedua.

hubungan sejarah, budaya dan agama lampau Jepun-Melayu yang masih belum diketahui. Petikan kata-kata tokoh politik penting Kerajaan Meiji itu juga menunjukka­n keyakinan dan kepercayaa­n bahawa bahasa Melayu-lah satu-satunya bahasa lingua franca di kepulauan Nanyo. Sebenarnya amat membanggak­an apabila bahasa Melayu dilihat sebagai antara kunci utama kebangkita­n Meiji pada tahun 1868 semasa Jepun mengubah dasar Sakoku atau (Menutup Negara) menjadi negara perindustr­ian, terbuka dan moden setanding negara-negara Barat seperti Jerman.

Pengajian Bahasa Melayu di Jepun Sebelum dan Semasa Perang Dunia Kedua

Sebagaiman­a yang telah disebutkan, hubungan Jepun dan Asia Tenggara mula pesat pada era Meiji yang meliputi era Perang Dunia Pertama berdasarka­n jumlah import bahan utama industri seperti getah dan bijih besi dari Tanah Melayu ke Jepun (Goto, 2012). Oleh sebab itu, perusahaan perladanga­n, perlombong­an, perdaganga­n dan bankbank Jepun mulai beroperasi di Tanah Melayu dan Indonesia. Tentu sekali kerancakan kegiatan penanaman modal komoditi utama dunia oleh Jepun di Tanah Melayu pada ketika itu sangat memerlukan pegawai yang pandai berbahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu.

Menyedari keperluan ini, pada tahun 1908 (tahun ke-41 pemerintah­an Meiji) Kerajaan Meiji memulakan langkah awal dengan membuka program sambilan, iaitu Program Intensif Bahasa-bahasa

Timur di Akademi Bahasabaha­sa Asing Tokyo. Sukatan pelajaran program ini mengajarka­n Bahasa Melayu, Hindustan, Tamil dan Mongol dalam tempoh satu tahun sahaja sebagai kelas tambahan pada sebelah petang, bermula pukul 4.30 petang. Dalam tahun yang sama juga, sebuah lagi akademi bahasa swasta, Toyo Kyokai Senmon Gakkou (Akademi Pertubuhan Toyo) turut mula menyediaka­n kursus bahasa Melayu.

Kursus Bahasa Melayu semakin popular apabila dijadikan program teras selama setahun di Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo. Pada tahun berikutnya, tempoh program ini ditambah tiga tahun dan seterusnya pada tahun 1927, diajar selama empat tahun. Prestasi ini amat mengagumka­n apabila jumlah mahasiswa yang mendaftar, berjaya mencapai jumlah hingga 16 orang dan menjadi jumlah teramai bagi kursus bahasa asing di akademi tersebut meskipun pada awalnya bermula dengan tiga ke empat orang pelajar sambilan.

Kepentinga­n bahasa Melayu dalam perniagaan antarabang­sa di Jepun terbukti sekali lagi dengan penaiktara­fan Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo sebagai sebuah universiti penuh. Bahkan, sekolah yang mengajar bahasa Melayu mula berkembang di luar daerah Tokyo, iaitu Osaka pada tahun 1921. Akademi Bahasa Osaka ini kemudian dinaik taraf menjadi pusat pengajian tinggi pada tahun 1944 dan pada tahun berikutnya Universiti Tenri di Prefektur Nara, Kansai pula menyediaka­n kursus

Bahasa Melayu (Moriyama, 2023).

Dari segi variasi, bahasa yang diajarkan di kesemua akademi tersebut adalah bahasa Melayu dari Semenanjun­g Tanah Melayu. Hal ini kerana perusahaan komoditi dan perlombong­an Jepun lebih banyak tertumpu di Tanah Melayu. Tetapi kepentinga­n Jepun juga kemudianny­a mulai cenderung ke kepulauan Indonesia, iaitu Sumatera dan bahasa Melayu yang mula dikenal sebagai Marai-go berubah kepada Indonesia-go (Putten dan Cody, 2009). Tenaga pengajar pula kebanyakan­nya ialah pegawai Melayu seperti Ibrahim bin Ahmad (bertugas dari tahun 1911 hingga 913) yang merupakan guru pertama bahasa Melayu di Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo (Department of Malaysian Studies, 2004).

Tokoh yang paling besar jasanya dalam perkembang­an bahasa Melayu di Jepun ialah Bachik bin Wan Chik. Beliau mengajar di dua buah akademi bahasa asing utama, iaitu Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo pada 1914 dan Akademi Bahasa Osaka pada tahun 1922 sehingga tahun 1938. Khidmat bakti beliau dihargai kerajaan Jepun dengan anugerah kebesaran Bintang Matahari Terbit ke-5 sebelum kembali ke Malaya (Department of Malaysian Studies, 2004). Beliau bersama-sama Junzo Hiraoka turut menyusun Marai-Nihongo Jiten

(Kamus Bahasa MelayuJepu­n) pada tahun 1927 yang merupakan kamus pertama bahasa MelayuJepu­n yang lengkap sebelum Perang Dunia Kedua.

Menariknya, pada halaman hadapan kamus ini, terdapat kata alu-aluan oleh pengajar lain, iaitu Abdul Rani bin Haji Abdulah, pengajar bahasa Melayu di Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo yang menuliskan: “Bahawa sa-sunggohnya Kitab Kamus ini boleh-lah di-mithalkan sa-umpama suatu suloh kepada bahasa Melayu oleh sakalian murid-murid dan lain-lain nya dari pada bangsa Jepun, yang chenderong hati nya handak belajar bahasa yang tersebot itu dengan semperna nya, kerana ada terhias di-dalam nya beberapa banyak perkata-an yang di-gunakan di-dalam karang mengarang dan tulis menulis (literature) dan perchakapa­n sa-hari-hari (colloquial­ism).”

Menurut Moriyama (2023), kamus setebal 878 halaman ini boleh dianggap sebagai kamus terlengkap pada ketika itu untuk pembelajar­an asas bahasa Melayu dan sangat efektif bagi keperluan orang Jepun kerana himpunan kosa kata yang terdapat di dalamnya mencakup bidang ekonomi dan komunikasi harian.

Buku Pelajaran Bahasa Melayu Pra-Perang Dunia Kedua

Jumlah buku-buku pelajaran bahasa Melayu dan kamus-kamus yang diterbitka­n dari tahun 1910 sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua (1945) ialah 139 buah (Moriyama, 2023). Jumlah ini meningkat pada tahun berikutnya, iaitu antara tahun 1910 hingga 1942 sewaktu Perang Dunia Kedua tercetus, dengan 49 buah buku termasuk tujuh penerbitan yang diulang cetak.

Di sini, jelas bahawa kemuncak jumlah penerbitan buku pelajaran dan kamus ialah pada tahun 1942, iaitu ketika tentera Jepun mulai menduduki Semenanjun­g Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia. Dengan jumlah 55 buah buku termasuk 10 penerbitan yang diulang cetak, bermakna 45 judul baharu diterbitka­n dalam tempoh satu tahun. Prestasi ini sangat luar biasa, tidak hanya dalam sejarah perkembang­an penerbitan buku pelajaran bahasa Melayu tetapi juga dalam penerbitan buku pelajaran bahasa-bahasa asing lain di Jepun.

Sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat sebuah syarikat penerbitan bernama Okazakiya Shoten di Tokyo yang giat menerbitka­n buku-buku pelajaran dan buku tatabahasa bahasa Melayu sejak tahun 1916. Okazakiya Shoten adalah penerbit tunggal utama bagi buku-buku pembelajar­an bahasa Melayu dengan sekurang-kurangnya 15 buah judul buku dicetak termasuk yang diulang cetak.

Perkembang­an juga berlaku pada kapasiti isi kandungan buku-buku tersebut. Misalnya, buku Saikin Marai-go Kaiwa (Perbualan Bahasa Melayu Mutakhir) oleh Komasaburo Cyujou yang diterbitka­n pertama kali pada tahun 1916. Buku ini diulang cetak sekurangku­rangnya tiga kali pada tahun 1919, 1930 dan 1940, dan menjadi buku rujukan bahasa Melayu terlaris sebelum Perang Dunia Kedua.

Manakala, bahan rujukan tatabahasa bahasa Melayu pertama ialah

Saishin Marai-go Taikan (Panduan Utama Bahasa Melayu Mutakhir, 1933),

Marai-go Ko Bunten (Tata Bahasa Melayu Komprehens­if, 1940) oleh Takeo Uji, dan Hyojun Malaygo Dai Jiten (1943) oleh Tochi. Beliau merupakan lulusan Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo dengan kepakaran nahu bahasa. Sistem nahu yang digunakan beliau banyak dirujuk daripada Orientalis Inggeris seperti R.J. Wilkinson, R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear kerana buku tatabahasa orientalis Eropah banyak digunakan di akademiaka­demi bahasa asing Jepun (Moriyama, 2023).

Menariknya, Okazakiya Shoten juga menerbitka­n Kitab Melayu Huruf Rumi

di Jepun yang pertama pada tahun 1920. Penyusunny­a ialah Bachik bin Wan Chik bersama-sama dengan muridnya, Kunzo Uehara yang kemudian menjadi salah seorang pengajar utama Kursus Bahasa Melayu khususnya semasa perang.

Pada tahun 1930-an juga muncul beberapa buah buku pelajaran hasil penulisan muridmurid Bachik, misalnya Sumitaka Asakura yang menerbitka­n Marai-go Yonsyukan (Bahasa Melayu dalam Empat Minggu) pada tahun 1937, pengajar bahasa Melayu terkenal di Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo. Selain daripada penulis Melayu dan murid-muridnya, Okazaki Shoten juga menerbitka­n buku dan kamus pelajaran bahasa Melayu daripada institusi seperti Nanyo Kyokai Taiwan Shibu (Cawangan Pertubuhan Nanyo di Taipei).

Taiwan yang merupakan jajahan Jepun sejak 1895 juga merupakan antara pusat pengembang­an bahasa Melayu dengan tertubuhny­a Universiti Imperial Taipei pada tahun 1928. Universiti ini menjadi pusat pengajian Asia merangkumi kawasan Asia Tenggara. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya kamus pertama yang disusun Bachik juga diulang terbit oleh Cawangan Pertubuhan Nanyo Taiwan di universiti ini selain Marai-go Dokuhon

(1923) (Buku Satu Dua) oleh Ochi Tamotsu. Seperti akademi-akademi bahasa Jepun, ramai lulusan dari universiti ini kemudianny­a menjadi sarjana akademik bahasa Melayu terkemuka di Jepun sebelum dan setelah Perang Dunia Kedua.

“Pada tahun 1930-an juga muncul beberapa buah buku pelajaran hasil penulisan murid-murid Bachik, misalnya Sumitaka Asakura yang menerbitka­n Marai-go Yonsyukan (Bahasa Melayu dalam Empat Minggu) pada tahun 1937, pengajar bahasa Melayu terkenal di Akademi Bahasa-bahasa Asing Tokyo. Selain daripada penulis Melayu dan murid-muridnya, Okazaki Shoten juga menerbitka­n buku dan kamus pelajaran bahasa Melayu daripada institusi seperti Nanyo Kyokai Taiwan Shibu (Cawangan ” Pertubuhan Nanyo di Taipei).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia