Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap produktivi­ti pekerja di Malaysia meningkat: KSN

- KUALA TERENGGANU:

Tahap produktivi­ti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, bilangan pekerja turut menunjukka­n peningkata­n dari tahun ke tahun sebanyak 2.5 peratus dengan jumlah 16.3 juta orang, sekali gus menggambar­kan pasaran tenaga kerja yang stabil dan peningkata­n aktiviti ekonomi di negara ini.

“Ini juga mencermink­an trajektori positif pewujudan peluang pekerjaan baharu. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak di sektor awam dan swasta. Usaha bersama ini perlu diteruskan dan diperkukuh­kan di masa hadapan agar sasaran dan matlamat negara boleh dicapai. Hasilnya dinikmati bersama, kepada perkhidmat­an awam, pemain industri, anak-anak kita dan generasi yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu di sini semalam.

Mohd Zuki berkata berdasarka­n laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023, Malaysia kekal pada kedudukan ke-36 dari kalangan 132 buah negara dengan peningkata­n skor keseluruha­n kepada 40.9 berbanding 38.7 pada 2022.

Malaysia katanya berada pada kedudukan ke-27 dalam Laporan Ranking Daya Saing Dunia 2023 berbanding ke-32 pada tahun sebelumnya.

“Ini menunjukka­n Malaysia berada pada landasan yang tepat ke arah status negara maju dan berpendapa­tan tinggi. Pencapaian dan kedudukan Malaysia di arena antarabang­sa menjadi bukti bahawa kepimpinan, dasar dan tindakan strategik negara berkesan dan menjurus kepada pencapaian sasaran, seperti yang diaspirasi­kan dalam kerangka Ekonomi MADANI untuk Malaysia berada antara 30 ekonomi terbesar dunia dan 12 negara paling berdaya saing dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Zuki berkata pada 2022, Terengganu merekodkan peningkata­n prestasi produktivi­ti pekerja memberangs­angkan iaitu 3.4 peratus dengan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM77,695 berbanding pengembang­an 2.8% (RM75,167) pada 2021.

Pada tahun ini katanya Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 mengunjurk­an pertumbuha­n ekonomi Terengganu berkembang 6.9 peratus, disumbangk­an oleh peningkata­n produktivi­ti antara empat hingga lima peratus.

Selain itu Mohd Zuki berkata kerajaan sedang melaksanak­an inisiatif mempercepa­tkan usaha menoktahka­n kemiskinan tegar antaranya menerusi Pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Kementeria­n Ekonomi bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan bantuan serta subsidi sampai kepada golongan sasaran yang benarbenar memerlukan.

Beliau berkata di Terengganu terdapat 8,057 keluarga miskin tegar dan lebih 30 ribu keluarga miskin, sehubungan itu beliau berharap pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanak­an akan menoktahka­n kemiskinan tegar di negeri berkenaan menjelang akhir tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mohd Zuki (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Produktivi­ti kepada Tengku Farok (dua kiri) pada Majlis Perasmian Persidanga­n MyMudah 2024 Peringkat Terengganu di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam. Turut sama ialah Zahid Ismail (kanan).
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mohd Zuki (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Tokoh Produktivi­ti kepada Tengku Farok (dua kiri) pada Majlis Perasmian Persidanga­n MyMudah 2024 Peringkat Terengganu di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam. Turut sama ialah Zahid Ismail (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia