Utusan Borneo (Sarawak)

Cashless Society catat 20,035 transaksi setakat Februari, kata Teo

-

KULAI: Program Cashless Society anjuran Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mencatatka­n 20,035 transaksi tanpa tunai sejak program berkenaan mula dilaksanak­an pada 2023 hingga Februari tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata 2,740 peniaga juga berjaya didaftarka­n sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya program yang bermula di Melaka tahun lepas kini deperluask­an ke tiga negeri lagi iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Untuk 2024, program Cashless Society ini akan dilaksanak­an di 61 lokasi (touchpoint­s) yang terpilih di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Taib Andak di sini semalam.

Beliau berkata program Cashless Society berkenaan akan dilakukan secara berfasa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) serta rakan-rakan strategik yang lain melalui program Cashless@NaDi di FELDA yang terpilih, projek rintis, bulan Cashless dan Cashless Carnival.

Teo berkata program tersebut bertujuan untuk meningkatk­an tahap kesedaran komuniti tempatan dan peniaga tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai dan penerimagu­naan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) dan kad debit/kredit dan seterusnya menyokong usaha kerajaan mengukuhka­n kedudukan ekonomi komuniti setempat.

“Di negeri Johor, saya dimaklumka­n bahawa Program Cashless@NaDi ini akan dilaksanak­an di 17 lokasi dalam penempatan FELDA,” katanya.

Katanya tumpuan utama inisiatif adalah keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil dapat menerima serta mengguna pakai bayaran tanpa tunai.

“Saya berharap dengan kolaborasi strategik bersama di antara kerajaan negeri, SKMM, FELDA, para penyedia perkhidmat­an kewangan dan bank dapat merealisas­ikan sasaran 10 ribu transaksi tanpa tunai yang direkodkan menjelang akhir 2024,” katanya.

Program Cashless Society adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran dan membina keyakinan mengenai penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan penduduk Malaysia dan meningkatk­an kesedaran masyarakat bahawa penggunaan pembayaran digital adalah mudah, selamat, dan pantas.

Pemacuan agenda Cashless Society adalah berteraska­n aspek ketersedia­an infrastruk­tur capaian Internet, polisi mesra industri dan rakyat serta masyarakat digital inklusif. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Teo (dua kiri) diiringi Syirfan Indra (tiga kiri) melawat reruai produk makanan pada Majlis Pelancaran Program Cashless Society di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Taib Andak dekat Nilai semalam. Hadir sama Mohamad Rizal (empat kiri).
— Gambar Bernama TINJAU: Teo (dua kiri) diiringi Syirfan Indra (tiga kiri) melawat reruai produk makanan pada Majlis Pelancaran Program Cashless Society di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Taib Andak dekat Nilai semalam. Hadir sama Mohamad Rizal (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia