Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan PM ke Jerman tumpu pertingkat hubungan dua hala, perniagaan: Duta

-

Malaysia akan memanfaatk­an peluang untuk meningkatk­an hubungan dua hala dan perniagaan dengan Jerman selaku rakan dagang terbesarny­a dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi dari 10 hingga 15 Mac ini ke negara itu.

Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina

Kamarudin berkata Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau di Jerman, Canselor Olaf Scholz selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.

“Anwar dijangka membincang­kan pelbagai isu dua hala dan global semasa pertemuann­ya dengan dua pemimpin Jerman itu,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri di sini.

Steinmeier mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada 16 hingga 19 Februari tahun lepas, dan turut melawat dua pelabur terbesar Jerman di Malaysia — pengeluar semikonduk­tor Infineon dan pakar teknologi perubatan B. Braun.

Dalam lawatannya, Steinmeier berkata Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat Jerman untuk mempelbaga­ikan perniagaan dan pelaburan, dan katanya terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkal­an di Malaysia pada masa ini yang mewujudkan 65,000 pekerjaan.

Menurut Adina, Anwar yang dijangka tiba di sini pada 10 malam pada Ahad (5 pagi, Isnin), akan bertemu pemimpin industri terkemuka dalam enam pertemuan dan sesi libat urus, kebanyakan­nya melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkemuka negara itu yang berperanan sebagai tulang belakang ekonomi Jerman.

Pada Isnin, Anwar dijadual memulakan lawatannya dengan melawat kilang Siemens Energy di Huttenstra­be, kata Adina sambil memaklumka­n syarikat itu yang telah membuat pelaburan besar di Malaysia pada masa ini sedang memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbahar­ui.

Siemens Energy menghasilk­an tenaga boleh diperbahar­ui daripada matahari, angin, air dan biojisim, dan penggiat utama dalam peralihan tenaga negara yang menggaji kirakira 26,000 pekerja.

Pada Selasa, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 kapten industri dan pelabur berpotensi dari Eropah dalam perbincang­an meja bulat mengenai perniagaan.

“Syarikat Jerman sentiasa memberikan tumpuan kepada Malaysia berikutan pelbagai insentif yang ditawarkan, terutama insentif cukai yang disesuaika­n dan peranan sokongan yang dilaksanak­an oleh agensi kita seperti Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia