Utusan Borneo (Sarawak)

PJR Ramadan di 450 lokasi seluruh negara: Armizan

Usaha murni itu bertujuan membantu ringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas lebih murah

-

PAPAR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluas pelaksanaa­n Program Jualan Rahmah (PJR) sepanjang Ramadan tahun ini melibatkan 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, usaha murni itu bertujuan membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga lebih murah khususnya pada Ramadan.

Armizan berkata PJR Ramadan tersebut akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

“Selain penjualan barangbara­ng keperluan kering sebagai mana kebiasaan, PJR Ramadan juga akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam.

“Terdapat juga jualan barangan keperluan untuk membuat kuih-muih sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. PJR Ramadan ini akan dilancarka­n di Putrajaya dan bermula serta-merta pada Ramadan pertama,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n PJR di Kinarut dekat sini semalam.

Armizan berkata kementeria­nnya juga menjalin kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bagi mendapatka­n bekalan produk khususnya barangan basah yang terlibat dalam jualan murah tersebut.

Beliau berkata sekurangku­rangnya dua siri PJR

Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagai mana kebiasaan, PJR Ramadan juga akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam.

Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Ramadan disasarkan untuk dilaksanak­an di setiap satu Parlimen di seluruh negara, justeru orang ramai boleh mengunjung­i program jualan itu di sekitar lokasi masing-masing.

Di Sabah, katanya sebanyak 50 siri PJR Ramadan akan dilaksanak­an di semua 25 kawasan Parlimen seluruh negeri.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai pelaksanaa­n PJR Ramadan melalui portal KPDN di pautan https:// www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah.

Selain PJR Ramadan, KPDN juga akan melaksanak­an program Bazar Ramadan dan inti pati pelaksanaa­nnya akan diumumkan kemudian, katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Armizan mengadakan sesi walkabout Program Jualan Rahmah MADANI di Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, dekat Papar semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Armizan mengadakan sesi walkabout Program Jualan Rahmah MADANI di Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, dekat Papar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia