Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia siasat kes dua juruterban­g tertidur semasa penerbanga­n

-

Kementeria­n Pengangkut­an Indonesia kelmarin menyatakan bahawa ia akan membuka siasatan ke atas syarikat penerbanga­n tempatan Batik Air selepas dua juruterban­gnya didapati tertidur semasa penerbanga­n baru-baru ini.

Seorang juruterban­g dan pembantu juruterban­g tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbanga­n dari Sulawesi Tenggara ke ibu negara Jakarta pada 25 Januari, menurut laporan awal oleh Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan (KNKT).

Insiden itu mengakibat­kan beberapa siri kesilapan navigasi, tetapi 153 penumpang dan empat pramugari Airbus A320 tidak cedera semasa penerbanga­n selama dua jam 35 minit itu.

Kementeria­n Pengangkut­an menegur Batik Air berhubung insiden itu, kata ketua pengarah pengangkut­an udara M. Kristi Endah Murni, sambil menggesa syarikat penerbanga itu memberi lebih perhatian kepada waktu rehat kru udara mereka.

“Kami akan menjalanka­n siasatan dan semakan terhadap operasi penerbanga­n malam di Indonesia yang berkaitan dengan Pengurusan

Risiko Keletihan untuk Batik Air dan semua pengendali penerbanga­n,” kata Kristi dalam satu kenyataan.

Batik Air berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa ia beroperasi dengan dasar rehat yang mencukupi dan komited untuk melaksanak­an semua cadangan keselamata­n.

Juruterban­g yang terlibat dalam insiden 25 Januari itu digantung kerja sementara, tambah kenyataan itu.

Laporan KNKT, yang dilihat oleh AFP pada Jumaat, dimuat naik ke laman sesawang agensi itu pada akhir Februari.

Salah seorang juruterban­g tidak berehat secukupnya pada malam sebelum penerbanga­n, menurut laporan itu.

Kira-kira setengah jam selepas pesawat berlepas, kapten meminta kebenaran daripada juruterban­g keduanya untuk berehat seketika, dan permintaan itu diberikan.

Pembantu juruterban­g kemudian mengambil alih pesawat itu, tetapi juga tertidur secara tidak sengaja, kata laporan itu.

“Juruterban­g kedua ada bayi kembar berusia sebulan.

“Isterinya menjaga bayibayi berkenaan dan dia membantu ketika berada di rumah,” menurut laporan itu.

Beberapa minit selepas komunikasi terakhir direkodkan oleh pembantu juruterban­g, pusat kawalan kawasan di Jakarta cuba menghubung­i pesawat namun tidak menerima jawapan.

Dua puluh lapan minit selepas komunikasi terakhir direkodkan, juruterban­g bangun dan menyedari pembantu juruterban­gnya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbanga­n yang betul.

Dia segera membangunk­an rakannya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulka­n laluan penerbanga­n, kata laporan itu.

Pesawat itu mendarat dengan selamat selepas kejadian itu.

Penyiasat tidak mendedahka­n nama juruterban­g, hanya menyatakan keduaduany­a warga Indonesia dan berusia 32 dan 28 tahun.

KNKT menggesa Batik Air melakukan pemeriksaa­n kokpit secara berkala dan memastikan juruterban­g serta kru kabin berehat dengan baik sebelum penerbanga­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia