Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan memuncak di Gaza menjelang Ramadan

Rundingan seminggu di Kaherah gagal bentuk gencatan senjata

- — AFP

SEMENANJUN­G GAZA: Pihak berkuasa Palestin kelmarin melaporkan lebih 30 serangan udara sepanjang malam yang membunuh 82 orang lagi, manakala tentera rejim Israel terus menggempur kawasan Khan Younis di selatan Gaza.

Harapan semakin pudar untuk gencatan sementara sebelum Ramadan setelah rundingan selama seminggu di Kaherah gagal, di mana Hamas enggan bertukar tebusan dan tahanan melainkan tentera rejim berundur dan Israel menolak sama sekali tuntutan tersebut.

Ketua Hamas Ismail Haniyeh menyeru agihan segera bantuan kepada penduduk Gaza dan pembukaan sepenuhnya lintasan sempadan bagi menamatkan kepungan ke atas rakyatnya.

Sementara itu, sebuah kapal sarat dengan makanan untuk penduduk Palestin dalam persiapan untuk belayar dari Cyprus, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan

Laluan laut itu bertujuan mengatasi sekatan terhadap kemasukan bantuan oleh Israel yang menjejaska­n 2.4 juta penduduk Gaza.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) telah berkali-kali memberi amaran tentang bahaya kebuluran khususnya di utara Gaza di mana tiada lintasan sempadan dibuka.

Setakat ini 23 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran dan kehausan, menurut kementeria­n kesihatan

Gaza.

Di selatan Gaza, Rafah pula, seorang ibu, Nasreen Abu Yussef, mengakui mereka kekurangan air.

Hampir 1.5 juta penduduk telah berlindung di bandar tersebut.

“Kami mahu perang ini berakhir, kami hanyalah rakyat yang keletihan,” kata Atallah al-Satel yang melarikan diri ke Rafah dari Khan Younis.

Badan kebajikan Sepanyol Open Arms berkata, kapalnya yang berlabuh tiga minggu lalu di pelabuhan Larnaca, Cyprus sudah bersedia untuk belayar ke Gaza namun masih menunggu kelulusan terakhir.

Iamerupaka­npenghanta­ran pertama di sepanjang koridor maritim dari Cyprus, negara

Kesatuan Eropah (EU) paling hampir dengan Gaza, yang diharap Suruhanjay­a EU akan dibuka semalam.

Jurucakap Open Arms Laura Lanuza berkata, rejim masih memeriksa kargo 200 tan bahan makanan asas seperti beras, tepung dan tuna dalam tin itu.

Badan kebajikan Amerika Syarikat (AS) Central Kitchen, yang berkolabor­atif dengan Open Arms, mempunyai pasukan di Semenanjun­g Gaza yang sedang membina dermaga untuk memunggah penghantar­an tersebut, kata Lanuza.

Sementara itu Perintah Pusat AS berkata, sebuah kapal tenteranya telah belayar dari Virginia, kelmarin membawa peralatan pertama untuk

membina dermaga sementara bagi menerima penghantar­an bantuan dari luar Gaza.

Pentagon berkata pada Jumaat lalu bahawa tempoh dua bulan diperlukan untuk membina dermaga sementara itu.

Dengan akses terhad, beberapa negara telah bertindak menggugurk­an bantuan kemanusiaa­n dari udara namun kegagalan payung terjun menyaksika­n beberapa orang maut dan cedera dalam kejadian Jumaat lalu.

Sementara itu di luar pantai Yaman, tentera AS berkata mereka telah menjatuhka­n 28 dron serangan sehala yang dilepaskan kumpulan Huthi ke arah Laut Merah dan Teluk Aden kelmarin.

 ?? — Gambar AFP ?? SOLIDARITI: Bendera Palestin terpampang di hadapan Masjid Omar Ibnu Al-Khatab menjelang Ramadan di Foz do Iguacu, negeri Parana di selatan Brazil, kelmarin.
— Gambar AFP SOLIDARITI: Bendera Palestin terpampang di hadapan Masjid Omar Ibnu Al-Khatab menjelang Ramadan di Foz do Iguacu, negeri Parana di selatan Brazil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia