Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir, tanah runtuh ragut 18 nyawa di Sumatera

-

Sekurangku­rangnya 18 orang terbunuh dan lima yang lain hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh di pulau Sumatera, Indonesia, kata seorang pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Hujan lebat mencetuska­n banjir dan tanah runtuh yang melanda daerah Pesisir Selatan di wilayah Sumatera Barat, memaksa kira-kira 46,000 orang berpindah ke pusat perlindung­an sementara.

“Seramai 18 orang ditemukan maut dan lima lagi hilang,” kata pemangku pengerusi Agensi Mitigasi Bencana Pesisir Selatan, Doni Gusrizal kepada AFP lewat semalam.

Pegawai itu mengemas kini angka korban daripada 10 yang diberikann­ya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Doni berkata, runtuhan daripada bencana itu telah menghalang usaha menyelamat yang berterusan.

“Kesan daripada banjir dahsyat, pada masa ini kita sedang membersihk­an jalan dan kenderaan tidak boleh lalu,” katanya.

Sehingga lewat kelmarin,

bekalan elektrik masih terputus di beberapa kawasan di Pesisir Selatan selepas bencana itu, menurut seorang wartawan AFP di daerah itu.

Sekurang-kurangnya 14 rumah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu, lebih 20,000 rumah ditenggela­mi banjir dan lapan jambatan runtuh, menurut kenyataan awal agensi mitigasi bencana negara.

Di Padang Pariaman, juga di Sumatera Barat, hujan lebat antara Khamis dan Jumaat menyebabka­n sungai melimpah dan mencetuska­n banjir serta tanah runtuh, mengorbank­an

sekurang-kurangnya tiga orang.

Indonesia terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan dan masalah itu semakin teruk di beberapa tempat akibat penebangan hutan, dengan hujan lebat berpanjang­an mencetuska­n banjir di beberapa kawasan di negara kepulauan itu.

Pada Disember, tanah runtuh dan banjir menimbus puluhan rumah dan memusnahka­n sebuah hotel berhampira­n Tasik Toba di Sumatera, membunuh sekurang-kurangnya dua orang.

 ?? — Gambar AFP ?? BENCANA ALAM: Pengguna jalan raya meredah laluan yang berlumpur susulan banjir kilat di Pesisir Selatan, Sumatera Barat kelmarin selepas hujan lebat melanda wilayah itu.
— Gambar AFP BENCANA ALAM: Pengguna jalan raya meredah laluan yang berlumpur susulan banjir kilat di Pesisir Selatan, Sumatera Barat kelmarin selepas hujan lebat melanda wilayah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia