Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakyat Kazakh maut dalam operasi di Rusia

-

Kazakhstan mengesahka­n kematian dua rakyatnya dalam operasi anti-keganasan di Rusia yang menurut Moscow telah menghalang serangan ke atas sinagog di ibu negara Rusia itu.

Perkhidmat­an keselamata­n FSB Rusia pada Khamis mengesahka­n melakukan operasi ke atas kumpulan yang disyaki cabang kumpulan Daesh di kejiranan Kaluga, barat daya Moscow.

Media Rusia mendakwa dua suspek dari Kazakh yang tiba di Rusia pada Februari lalu telah terbunuh dalam operasi itu.

“Kewarganeg­araan Kazakh dan ketibaan mereka di Rusia oleh kedua-dua orang ini disahkan,” kata Jawatankua­sa Keselamata­n Negara Kazakh (KNB) dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

KNB berkata, pihak berkuasa di bekas republik Soviet itu telah membuka siasatan dalam kerjasama rapat dengan FSB.

FSB pada Khamis mendakwa telah menghentik­an aktiviti kumpulan Daesh Khorasan yang kebanyakan­nya aktif di Afghanista­n.

Kedutaan Amerika Syarikat di Moscow telah menasihati rakyatnya untuk mengelakka­n perhimpuna­n besar di ibu negara Rusia selama 48 jam, memberi amaran bahawa pelampau akan merancang sesuatu menjelang pilihan raya presiden Rusia hanya beberapa hari lagi.

Pihak berkuasa Rusia mengumumka­n mereka telah membunuh enam suspek militan Daesh di republik Ingushetia, Caucasus.

Pengaruh Daesh di Rusia terhad meskipun masih ada beberapa serangan dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, terutamany­a di republik majoriti Muslim di Caucasus Utara, Chechnya, Ingushetia dan Dagestan.

Hampir 4,500 orang Rusia, kebanyakan­nya dari Caucasus Utara, telah berjuang bersama Daesh, menurut angka rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia