Utusan Borneo (Sarawak)

Kementer��an Pertahanan per��enal program penabungan PTPTN untu�� ana�� anggota ATM

-

Kementeria­n Pertahanan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera memperkena­lkan program penabungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk murid tahun satu bagi anak anggota lain-lain pangkat bermula tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program yang dikenali Simpanan Pendidikan MADANI (SPM) itu melibatkan sumbangan tabungan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 9,355 murid tahun satu bagi sesi persekolah­an 2024 dengan jumlah keseluruha­n bernilai RM467,750.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata sebanyak RM15 juta diperuntuk­kan kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan bagi kerja penyelengg­araan dan naik taraf fasiliti sekolah dalam kem angkatan tentera.

Beliau berkata, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 29 sekolah rendah dan menengah termasuk sebuah Maktab Rendah Sains MARA dalam kem Angkatan Tentera di seluruh negara.

“Kedua-dua inisiatif ini dilakukan kerana kami percaya kebajikan serta pendidikan berkualiti adalah perkara yang harus menjadi sebahagian daripada fokus utama kementeria­n.

“Anggota yang sentiasa sedia dan setia mempertaru­hkan nyawa kepada negara tidak seharusnya dibebankan untuk memikirkan sendiri aspek kebajikan diri dan keluarga mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat Datuk Muhammad Hafizuddea­n Jantan, Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk

Zulhelmy Ithnain.

Mohamed Khaled berkata, inisiatif tersebut dapat membantu anggota menjalanka­n tugas dengan baik selain meningkatk­an ekosistem kebajikan serta pendidikan angkatan tentera.

Pada program tersebut seramai 219 pelajar MTD menamatkan tingkatan lima bagi sesi akademik tahun 2023.

Kerajaan katanya membelanja­kan kira-kira RM21 juta setiap tahun termasuk emolumen pegawai, guru dan kakitangan serta membiayai segala keperluan dan kebajikan sepanjang dua tahun berada di MTD dengan perbelanja­an RM27,000 bagi setiap seorang pelajar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia