Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti awam diminta kenal pasti penginapan pelajar usang

Bag�� memast����an mere��a mendapat tempat t��nggal selesa d�� ��ampus

- Menteri Pendidikan Tinggi — Bernama

NILAI: Kementeria­n Pendidikan Tinggi meminta supaya pihak pengurusan universiti awam mengenal pasti kemudahan kampus yang tidak diselengga­ra lebih 20 tahun atau usang terutamany­a membabitka­n penginapan pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak pengurusan perlu memberi keutamaan kepada kemudahan penginapan pelajar bagi memastikan mereka mendapatka­n tempat tinggal yang selesa ketika berada di kampus.

“Saya telah mengarahka­n pihak universiti untuk memastikan penyelengg­araan kampus diberikan keutamaan. Ada tempat penginapan ini yang tidak dibaik pulih lebih 20 tahun dan keadaan asrama yang usang... menjadi tanggungja­wab kita mendapatka­n maklumat ini.

“Saya berada di Sarawak beberapa hari lepas dan melawat kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM), saya lihat keadaan di situ... saya tekankan keutamaan perlu diberikan terutamany­a tempat penginapan pelajar,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi dialog Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) bersama 95 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek di sini semalam.

Sementara itu, Zambry

berkata program pemukiman berkenaan merupakan platform terbaik untuk perwakilan pelajar berkongsi pendapat bagi melahirkan pemimpin yang berwawasan tinggi serta berkaliber.

Pada sesi itu juga, Zambry mengumumka­n peruntukan RM20,000 kepada MPP bagi 20 Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan tujuh Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

“Sebagai tanda menghargai penglibata­n semua MPP dalam program ini, setelah berbincang dengan pihak pengurusan saya ingin umumkan setiap majlis perwakilan (MPP) bagi

Saya berada d�� Sarawa�� beberapa har�� lepas dan melawat ��ampus Un��vers��t�� Te��nolog�� MARA (U��TM), saya l��hat ��eadaan d�� s��tu... saya te��an��an ��eutamaan perlu d��ber����an terutamany­a tempat peng��napan pelajar.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

20 IPTA dan tujuh IPTS, diperuntuk­kan RM20,000,” katanya.

“Visi saya mahu melihat barisan perwakilan pelajar di depan saya ini menjadi pemimpin...mungkin ada dalam kalangan kamu semua akan menjadi Perdana Menteri atau memimpin negeri masing-masing,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Zambry berswafoto bersama peserta-peserta program Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai semalam. Turut hadir timbalanny­a Datuk Ts Mustapha Sakmud.
— Gambar Bernama KENANGAN: Zambry berswafoto bersama peserta-peserta program Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai semalam. Turut hadir timbalanny­a Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia