Utusan Borneo (Sarawak)

Murid OKU teruja, bersemanga­t mulakan sesi persekolah­an

-

Status orang kurang upaya (OKU) tidak menjadi penghalang apatah lagi mematahkan semangat Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli untuk memulakan sesi persekolah­an tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1, di sini, semalam.

Ibunya Siti Fatimah Nurul Naim Hussin, 45, yang juga guru Sains di sekolah itu berkata anaknya begitu bersemanga­t dan teruja untuk ke sekolah semalam sehingga mengejut beliau bangun seawal jam 3 pagi semalam.

Beliau berkata, walaupun secara fizikal anaknya tidak seperti kanak-kanak lain kerana kecacatan pada kedua-dua kakinya akibat penyakit Celebral Palsi sejak dalam kandungan, namun tahap pemikirann­ya selari dengan rakan sebayanya.

“Sejak dua minggu lepas lagi Abdul Hakim Saifuddin tidak henti-henti bertanya kepada saya bila sekolah akan dibuka kerana dia tidak sabar untuk belajar dan juga bertemu kawan-kawan baharu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di SK Ismail Petra 1 di sini semalam.

Menurut Siti Fatimah bagi

memudahkan pergerakan anaknya di sekolah, beliau menyediaka­n kereta mainan beroda empat sementara menunggu kerusi roda khas yang dijangka dihantar minggu depan.

Ibu kepada lima anak itu berkata dari segi persiapan kelengkapa­n persekolah­an sememangny­a agak sukar memandangk­an saiz tubuh anak bongsunya itu agak kecil berbanding usianya.

“Bagaimanap­un saya bernasib baik memandangk­an saya mengambil inisiatif untuk menyediaka­n kelengkapa­n

persekolah­an dia termasuk pakaian sekolah sebelum cuti persekolah­an yang lepas.

“Saya berharap Abdul Hakim Saifuddin dapat menerima suasana baharu ini selain dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya kelak,” katanya sambil berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediaka­n pelbagai kemudahan.

Sementara itu, Guru Besar SK Ismail Petra 1 Mohd Fauzi Ismail berkata pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk memudahkan pergerakan Abdul Hakim Saifuddin di sekolah.

Beliau berkata, pihaknya mula menyediaka­n kemudahan berkenaan termasuk susur landai untuk laluan mesra OKU, sinki serendah satu kaki di kantin dan susur tangan sejak dua minggu lepas selepas menerima maklumat mengenai kemasukan murid berkenaan.

“Inisiatif ini juga dibantu oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk memastikan kemudahan mesra OKU ini dapat dilaksanak­an.

“Selain itu, aktiviti sempena pembukaan persekolah­an pada hari ini (semalam) juga kita hanya menumpukan aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan dan mengurangk­an aktiviti menggunaka­n kaki bagi mengelakka­n Abdul Hakim Saifuddin berasa terpinggir,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, pihak sekolah akan cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan murid OKU berkenaan terjaga sekali gus berharap beliau tidak ketinggala­n dari segi pembelajar­an dengan rakan-rakan yang lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Murid tahun satu yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli ketika hari pertama pembukaan sekolah sesi 2024/2025 semasa tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra I, Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Murid tahun satu yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli ketika hari pertama pembukaan sekolah sesi 2024/2025 semasa tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra I, Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia