Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern Munich belasah Mainz 8-1 di laman sendiri

Kemenangan itu hidupkan harapan The Bavarians untuk mengejar pendahulu Bundesliga, Leverkusen

- — AFP

MUNICH: Harry Kane menjaringk­an hatrik ketika Bayern Munich membelasah Mainz 8-1 dalam aksi Bundesliga Jerman pada Sabtu, menyamai rekod berusia 60 tahun dan mengekalka­n harapan pasukan untuk mengejar pendahulu liga, Bayer Leverkusen.

Kane, yang turut mengumpan dua lagi gol, sekarang sudah menjaringk­an 30 gol pada musim pertamanya bersama Bayern, menyamai rekod untuk musim pertama yang dicipta bintang legenda Jerman, Uwe Seeler ketika beraksi kali pertama bersama Hamburg dalam musim 1963/1964.

Dengan berbaki sembilan perlawanan musim ini, Kane juga semakin menghampir­i rekod gol semusim – 41 gol yang dijaringka­n bekas penyerang sensasi Bayern, Robert Lewandowsk­i dalam musim 2020/2021.

Kemenangan ini adalah yang kedua terbesar kelab musim ini, di belakang kemenangan 8-0 ke atas Darmstadt pada bulan Oktober tahun lepas.

Pemain tengah, Leon Goretzka, yang menjaringk­an dua gol, berkata: “Ia adalah kemenangan meyakinkan – sesuatu yang kami hilang musim ini.”

Bayern kini tujuh mata di belakang Leverkusen yang masih belum tewas setakat musim ini dan akan menanti kunjungan kelab tercorot, Wolfsburg pada perlawanan lewat.

Selepas mengesahka­n tempat ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas Lazio Selasa lepas, Bayern mempunyai misi jelas menentang Mainz.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, yang akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, berkata pada pertengaha­n minggu di mana Bayern perlu “menang, menang dan menang” untuk mempunyai peluang mengejar Leverkusen

dan Kane merealisas­i harapan itu pada awal permainan apabila membuka jaringan hasil umpanan Jamal Musiala pada minit ke-13.

Dia kemudian melihat tandukanny­a berjaya ditepis tetapi Goretzka berjaya merembat bola muntah untuk gol kedua Bayern.

Nadiem Amiri merapatkan kedudukan buat Mainz dengan satu tendangan percuma cantik tidak lama selepas itu tetapi Kane meletakkan Bayern kembali selesa dengan gol minit akhir sebelum rehat selepas menerima umpanan daripada Goretzka.

Thomas Mueller menjaringk­an gol keempat pada awal separuh masa kedua dan ia membolehka­n Bayern mula berpesta gol menerusi jaringan Musiala, Serge Gnabry, Kane dan Goretzka.

Kekalahan menyebabka­n Mainz tercicir ke tangga kedua

dari bawah liga, sembilan mata dari zon selamat.

Pada perlawanan lain, Borussia Dortmund merampas kembali tangga keempat liga selepas menang 2-1 di Werder Breman, dengan gol pertama Jadon Sancho sejak kembali ke Jerman selepas pasukannya tercicir ke tangga kelima apabila RB Leipzig menewaskan Darmstadt 2-0 pada perlawanan awal.

Gol akrobatik Donyell Malen dan gol solo Sancho, pemain pinjaman daripada Manchester United dan gol pertamanya bersama Dortmund sejak Mei 2021, membolehka­n pasukan pelawat meraih kemenangan.

Jurulatih Dortmund, Edin Terzic, mengeluark­an Malen, yang menjaringk­an lima gol dari empat perlawanan terakhir untuk memasukkan Mats Hummels tetapi pemain pertahanan veteran itu melakukan kesilapan yang menghadiah­kan gol pertama Bremen ketika berbaki 20 minit permainan menerusi jaringan Justin Njinmah.

Walaupun diasak bertubitub­i oleh pasukan tuan rumah, Dortmund berjaya bertahan untuk merampas kembali tangga keempat liga dan satu mata di hadapan Leipzig.

Pada perlawanan awal, Leipzig menewaskan Darmstadt untuk bangkit selepas tersingkir di pusingan kedua Liga Juara-Juara pada Rabu.

Leipzig membuka jaringan hasil gol sendiri Thomas Isherwood seawal minit ketiga sebelum Christoph Baumgartne­r menambah jaringan pada awal separuh masa kedua untuk mengekalka­n impian memburu empat tangga teratas liga untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Cologne seri 3-3 dengan Borussia Moenchengl­adbach, yang mendahului dua kali menyebabka­n mereka kekal di tangga ke-16 liga, slot playoff penyingkir­an liga dan tujuh mata dari zon selamat.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MENARIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Mainz di Munich. Bayern menang 8-1.
— Gambar AFP AKSI MENARIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Mainz di Munich. Bayern menang 8-1.
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Babak pertemuan di antara Bremen dan Borussia Dortmund di Bremen.
— Gambar AFP RANCAK: Babak pertemuan di antara Bremen dan Borussia Dortmund di Bremen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia