Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz tenang hadapi saingan Arnaldi

-

Jaguh dari Sepanyol, Carlos Alcaraz bermula cemas untuk mempertaha­nkan kejuaraan Siri Master Indian Wells pada Sabtu tetapi bangkit bergaya sebelum menewaskan Matteo Arnaldi 6-7(5/7), 6-0 dan 6-1.

Kemenangan pada perlawanan pusingan kedua itu dianggap satu ujian kecergasan yang baik untuk pemain ranking kedua dunia berusia 20 tahun itu, yang mengalami kecederaan buku lali dua minggu lepas di Rio dan menarik diri sebelum perlawanan pusingan pertama.

Alcaraz mengembali­kan keyakinann­ya selepas tewas set pertama kepada Arnaldi, mengurangk­an kesilapan mudah dari 23 kesilapan di set pertama kepada hanya lapan pada baki dua set seterusnya.

Juara bertahan kejohanan Wimbledon itu hanya tewas satu permainan pada baki dua set selepas itu, selain melakukan 22 pukulan kemenangan. Alcaraz berkata pergelanga­n kakinya kelihatan lebih bagus dari apa yang dijangkaka­n.

“Sejujurnya, ia mengejutka­n saya,” katanya. “Saya berasa hebat, bergerak dengan normal tanpa memikirkan­nya.

“Ia adalah perlawanan yang sangat bagus untuk menyedari bahawa saya adalah lebih bagus dari apa yang saya bayangkan,” tambah Alcaraz, yang akan menentang Felix Auger-Aliassime dari Kanada di pusingan ketiga.

Jannik Sinner dan Iga Swiatek (bahagian wanita) juga meneruskan kemaraan dengan keputusan yang berbeza berbanding Alcaraz.

Tetapi tiada berita gembira buat bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray, yang tewas 7-6(7/3) dan 6-1 kepada pemain pilihan kelima, Andrey Rublev dan tersingkir pada kejohanan di mana dia tewas di final 2009 kepada Rafael Nadal.

Sinner, juara Terbuka

Australia awal tahun ini, mudah menewaskan Thanasi Kokkinakis 6-3 dan 6-0 sementara Swiatek, pemain wanita nombor satu dunia, juga menang selesa ke atas Danielle Collins dari Amerika Syarikat (AS).

Sinner, yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan, mengekalka­n rentak kejuaraan di Terbuka Australia dengan kejuaraan kejohanan ATP Rotterdam bulan lepas.

Dia kekal masih belum tewas setakat musim ini dan melengkapk­an 13 kemenangan berturut-turut dengan kemenangan yang keempat berturut-turut ke atas Kokkinakis.

Swiatek, pilihan pertama bahagian wanita dan juara di sini pada 2022 dan juara Terbuka Perancis, akan memulakan minggu ke-94 selaku pemain nombor satu dunia pada Isnin, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Collins.

Pada perlawanan lain, juara bertahan perseorang­an wanita Wimbledon, Marketa Vondrousov­a, menewaskan Bernarda Pera dari AS 6-0 dan 6-2 dalam masa hanya 64 minit.

Tetapi harapan Elena Rybakina untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya berkecai apabila menarik diri sebelum jadual perlawanan pembukaann­ya kerana masalah gastrik.

Alex de Minaur, pemain pilihan ke-10 kejohanan yang tiba selaku juara di Acapulco minggu lepas, menewaskan Taro Daniel dari Jepun 6-1 dan 6-2.

Pemain pilihan keenam dari Jerman, Alexander Zverev, juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan Christophe­r O’Connell dari Australia 6-4 dan 6-4.

Rakan senegara Zverev dalam bahagian wanita, Angelique Kerber, mengejutka­n Jelena Ostapenko 5-7, 6-3 dan 6-3. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia