Utusan Borneo (Sarawak)

Rettig hormati keputusan Klopp untuk berehat sebaik bersara

-

Ketua Pengarah Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Andreas Rettig pada Sabtu berkata “tiada perhubunga­n” dengan pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool, Jurgen Klopp tentang kemungkina­n menjadi jurulatih kebangsaan Jerman.

Bercakap kepada majalah Jerman, Focus, Rettig berkata DFB cuba menghormat­i kehendak Klopp untuk berehat sebaik sahaja tugasnya di Liverpool berakhir pada musim panas ini.

“Tiada sebarang perhubunga­n. Dia memberikan dirinya rehat. Saya tidak tahu sama ada kami harus memberikan­nya tip percutian mengenai bagaimana untuk mengisi masa lapangnya.”

Dengan kontrak semasa jurulatih kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann adalah sehingga akhir Euro 2024, yang akan berlangsun­g di Jerman, DFB ketika ini mencari pengganti jangka panjang – dengan nama Klopp berada di senarai teratas.

“Dia mahu berehat dan kerana itu kenapa ia bukan satu isu,” kata Rettig.

Klopp mengejutka­n dunia bola sepak pada bulan Januari apabila mengumumka­n akan melepaskan jawatannya di Anfield pada akhir musim ini dengan alasan berasa letih.

Dia sudah dikaitkan dengan beberapa jawatan, termasuk sebagai jurulatih kebangsaan Jerman tetapi sudah berkata berulang kali di mana dia mahu berehat.

Jerman bergelut membuat persediaan ke Euro, yang menyebabka­n pemecatan Hansi Flick, jurulatih pertama yang dipecat dalam sejarah persekutua­n bola sepak negara itu.

Jerman hanya menang tiga dari 11 perlawanan pada 2023, termasuk satu di bawah kendalian Nagelsmann.

Rettigberk­ataDFBmemb­eri sokongan kepada prestasi lebih baik skuad Nagelsmann pada musim panas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia