Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Milan semakin menghampir­i kejuaraan Serie A Itali yang ke-20

-

Inter Milan semakin menghampir­i kejuaraan Serie A Itali yang ke-20 dalam sejarah kelab apabila menewaskan Bologna 1-0 pada Sabtu, sekali gus menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a liga dengan kelebihan 18 mata.

“Ini adalah tempat paling sukar untuk bermain... menewaskan Bologna bukan mudah. Kami memberikan segala-galanya,” kata Nicolo Barella.

“Siapa tahu bagaimana cepat kami boleh memenangin­ya (kejuaraan liga), ia bergantung kepada pasukan lain. Ia sukar untuk mereka yang mengejar dan saya berharap ia kekal sukar bagi mereka.”

Pencabar terdekat, Juventus, boleh merapatkan jurang di belakang Inter jika menewaskan Atalanta pada perlawanan lewat.

Bagaimanap­un, dengan saingan kejuaraan liga kelihatan sudah berakhir, Atalanta mempunyai motivasi lebih besar ketika mereka bersaing dengan Bologna di tangga keempat untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Kekalahan buat Bologna mengakhiri enam kemenangan berturut-turut dan membuka ruang kepada pasukan lain yang memburu saingan empat tangga teratas liga.

Atalanta ketika ini kurang lima mata di belakang Bologna di tangga keenam sementara AS Roma akan kurang satu mata di belakang jika menewaskan Fiorentina pada perlawanan lewat.

Pada perlawanan awal, Cagliari melangkah keluar dari zon penyingkir­an selepas menewaskan Salernitan­a

4-2.

Skuad kendalian Claudio Ranieri itu naik ke tangga ke-13 liga selepas kemenangan kedua berturut-turut sementara Salernitan­a masih tanpa kemenangan dari 11 perlawanan terakhir.

Sassuolo meraih kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu, Davide Ballardini apabila menewaskan Frosione 1-0 tetapi masih kekal di tangga ke-19, satu mata di belakang lawan mereka yang berada di atas zon penyingkir­an.

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Pertemuan di antara Bologna dan Inter Milan dalam aksi Serie A Itali di Bologna.
— Gambar AFP RANCAK: Pertemuan di antara Bologna dan Inter Milan dalam aksi Serie A Itali di Bologna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia