Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Atletico Madrid dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Cadiz

- — AFP

BARCELONA: Atletico Madrid, yang memburu tempat di empat tangga teratas La Liga Sepanyol, dikejutkan oleh kelab tercorot, Cadiz 0-2 di gelanggang lawan pada Sabtu.

Dua gol dalam kedua-dua babak oleh pemain pinjaman, Juanmi, memastikan tiga mata berharga buat pasukan yang berada di tangga ke-18 liga dan memberikan Atletico kekalahan ketujuh mereka dalam liga musim ini.

Musim Atletico dilanda beberapa masalah dan kekalahan ini menyusul dari dua kekalahan dalam perlawanan separuh akhir Copa del Rey menentang Athletic Bilbao dan tewas 0-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.

Juanmi tidak dikawal dalam kotak penalti untuk menanduk gol pembukaan dalam separuh masa pertama sebelum menambah jaringan pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Separuh masa pertama ditentukan oleh beberapa

kekasaran ketika kedua-dua pasukan gagal mencari rentak permainan.

Ruben Sobrino menemui ruang pada minit ke-24 dan umpanannya ditanduk masuk oleh Juanmi yang tidak langsung dikawal mana-mana pemain Atletico dalam kotak penalti.

Pada minit ke-64, dia menerima umpanan jauh Javi Hernandez dan mengelecek penjaga gol Atletico, Jan Oblak sebelum menolak bola ke

pintu gol.

Kemenangan itu meletakkan Cadiz semakin hampir ke zon selamat ketika mereka hanya kurang dua mata dari pasukan di tangga ke-17 liga atau di atas zon penyingkir­an sementara kekalahan menyebabka­n Atletico ketinggala­n tujuh mata di belakang pasukan di tangga kedua, Girona.

Pada perlawanan lain, Real Sociedad memerlukan gol lewat Robin Le Normand dan

Andre Silva untuk bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Granada.

Myrto Uzuni menjaringk­an dua gol untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada separuh masa pertama, mengikat gol penyamaan Sadiq Umar selepas 30 minit permainan.

Tetapi Le Normand menjaringk­an gol 10 minit sebelum tamat permainan untuk memulakan kebangkita­n sebelum Silva menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-85 keputusan akhir 3-2.

Pada perlawanan awal, Valencia naik ke tangga kelapan liga selepas menewaskan Getafe 1-0 menerusi gol Hugo Duro, lima minit sebelum rehat.

Girona mengekalka­n impian layak ke Liga JuaraJuara musim hadapan apabila menewaskan Osasuna 2-0 dan kembali ke tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata di hadapan Barcelona di tangga ketiga dan empat mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Cadiz melayan kunjungan Atletico Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol di Stadium Nuevo Mirandilla di Cadiz.
— Gambar AFP HANGAT: Cadiz melayan kunjungan Atletico Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol di Stadium Nuevo Mirandilla di Cadiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia