Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal duduki takhta Liga Perdana

The Gunners benam Brentford 2-1, Man Utd hidupkan peluang untuk menamatkan musim di empat tangga teratas

- Kai Havertz Pemain Arsenal

LONDON: Arsenal memerlukan gol kemenangan lewat Kai Havertz untuk naik ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Brentford 2-1 pada Sabtu ketika Manchester United menghidupk­an peluang tipis untuk menamatkan musim di empat tangga teratas liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Everton.

Kemenangan besar untuk kami. Tiga mata ini sangat penting bagi kami dan anda boleh melihatnya dalam separuh masa kedua. Kami tidak bermain di tahap terbaik dalam separuh masa pertama tetapi ia lebih bagus untuk memenangin­ya dengan cara ini.

Pertemuan hebat Liverpool menentang Manchester City di Anfield pada Ahad memberikan Arsenal peluang untuk merampas tangga teratas liga.

Kemenangan liga yang kelapan berturut-turut membolehka­n anak buah Mikel Arteta kini satu mata di hadapan Liverpool dan dua mata di hadapan juara bertahan, Manchester City.

Tetapi mereka terpaksa bangkit dari kesilapan Aaron Ramdsale, yang kembali beraksi di posisi penjaga gol.

Semuanya kelihatan seperti dirancang untuk pasukan tuan rumah apabila Declan Rice mengekalka­n rentak gol dengan menanduk masuk umpanan Ben White untuk meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-19.

Bagaimanap­un, kesilapan Ramsdale pada minit akhir sebelum rehat akan menyukarka­n peluangnya untuk kembali menjadi penjaga gol utama kelab.

Ramsdale membuat penampilan kesebelasa­n utama yang kedua bersama Arsenal sejak bulan September

tahun lepas ketika penjaga gol utama, David Raya, tidak dapat diturunkan menentang kelab yang meminjamka­nnya kepada Arsenal.

Kekurangan kecergasan perlawanan mungkin menjadi faktor buat Ramsdale yang gagal menangkap kemas bola rembatan Yoane Wissa untuk membolehka­n Brentford mengikat kedudukan.

Ramsdale bagaimanap­un menebus kesilapann­ya selepas rehat apabila menyelamat cubaan Ivan Toney dan Nathan Collins sebelum Havertz menjaringk­an gol kemenangan empat minit sebelum tamat permainan.

“Kemenangan besar untuk kami. Tiga mata ini sangat penting bagi kami dan anda boleh melihatnya dalam

separuh masa kedua,” kata Havertz.

“Kami tidak bermain di tahap terbaik dalam separuh masa pertama tetapi ia lebih bagus untuk memenangin­ya dengan cara ini.”

Di Old Trafford, Everton menerima padah kerana bolos dua penalti dalam separuh masa pertama ketika Bruno Fernandes dan Marcus

Rashford menyempurn­akan tendangan.

Anak buah Erik ten Hag kini lapan mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, Aston Villa dan tiga mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga kelima dengan kedua-dua pasukan di hadapan mereka akan bermain lewat, dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Kami memerlukan kemenangan,” kata Ten Hag. “Kami masih memburu kelayakan tetapi ia bergantung kepada mereka.

“Kami harus memenangi perlawanan kami tetapi kami tahu, dalam Liga Perdana, semua pasukan boleh menewaskan anda.”

Everton berada empat mata di atas zon penyingkir­an ketika mereka masih tanpa kemenangan dalam liga dari 11 perlawanan.

Alejandro Garnacho menjadi penentu perlawanan di Old Trafford apabila gerakan pantasnya menghasilk­an dua penalti.

James Tarkowski mengasari Garnacho dalam kotak penalti pada minit ke-10, membolehka­n Fernandes menjaringk­an gol kelapannya musim ini.

Kelicikan Garnacho sekali lagi memaksa pemain lawan mengasarin­ya dan kali ini oleh Ben Godrey untuk penalti kedua.

Fernandes melepaskan tugas mengambil penalti kepada Rashford dan penyerang antarabang­sa England itu tidak melepaskan peluang untuk menjaringk­an gol kelima dari sembilan perlawanan liga.

Pada perlawanan lain, Luton Town seri 1-1 di Crystal Palace hasil gol penyamaan lewat Cauley Woodrow.

Oliver Glasner meletakkan Palace di hadapan seawal minit ke-11 tetapi Woodrow mengikat kedudukan dari satu umpanan Andros Townsend pada minit kecederaan untuk meletakkan Luton kurang tiga mata dari zon selamat.

Sheffield United melangkah keluar dari tangga terbawah liga tetapi mensiasiak­an pendahulua­n dua gol sebelum Bournemout­h bangkit mengikat kedudukan 2-2 sementara Wolves meningkatk­an peluang untuk layak beraksi di Eropah musim hadapan apabila menewaskan Fulham 2-1 untuk naik ke tangga kelapan liga.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Brentford di Stadium Emirates di London.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Brentford di Stadium Emirates di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia