Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 300 peserta berjaya menamatkan Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024

-

Hampir 300 peserta berjaya menamatkan Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih (Journalism Mobile Workshop) 2024 di sini kelmarin.

Bengkel berlangsun­g dua hari (9 dan 10 Mac) itu adalah anjuran Institut Wartawan Rejang (IRJ) disokong Business Event Sarawak (BES) dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Hotel Kingwood.

Pengerusi penganjur Jane Moh berkata, bengkel julung kali itu disertai pelajar sekolah dan universiti, pencipta kandungan serta kakitangan korporat dan awam yang terlibat dalam industri media termasuk wartawan.

Beliau memberitah­u, bengkel itu diadakan dalam dua sesi serentak iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Bengkel tersebut sangat berjaya. Ini adalah kali pertama IRJ menganjurk­an program seperti ini dan mendapat penyertaan agak bagus iaitu seramai 278 peserta di mana 93 peserta adalah dari luar Sarawak. Pesanan saya kepada peserta masa penutupan semalam ialah mereka perlu teruskan latihan apa yang mereka belajar semasa bengkel,” katanya ketika diminta mengulas mengenai bengkel tersebut di sini semalam.

Beliau berkata, apa yang peserta belajar memang intensif dan beliau dapat rasa semua peserta agak tertekan sedikit semasa membuat tugasan diberikan.

Ini kerana peserta mengejar masa untuk menghantar tugasan diberikan.

“Tetapi saya rasa mereka juga rasa seronok, keluar ke bandar Sibu, mencari cerita menarik dan cuba menghasilk­an video selama dua minit. Saya sangat kagum dengan video yang mereka hantar walaupun masa agak singkat.

“Namun, apa yang pelatih mahu lihat mereka cuba membuat video itu sekurangku­rangnya mereka tidak pernah buat terutama dokumentar­i, sebab kebanyakan video mereka buat ialah dokumentar­i atau jenis berita,” jelasnya.

Katanya, pelatih bengkel itu turut kagum dengan sambutan ini hingga mendapat sokongan daripada kerajaan serta pelbagai pihak dengan kehadiran ramai.

“Dengan sambutan sebegini, kita belum lagi fikir hendak buat bengkel sama pada tahun depan. Tetapi, pelatih ada bagi cadangan kepada IRJ agar menganjurk­an bengkel ini dengan modul berlainan,” katanya.

Bengkel itu dikendalik­an bekas Penerbit Eksekutif Channel News Asia, Mediacorp Augustine Anthuvan serta Editor Kanan dan Penerbit Kanan Hal Ehwal Semasa Siaran Cina Mediacorp Ng Lian Cheong.

Turutmenge­ndalikanbe­ng- kel itu ialah Pengarah Kreatif

dan Filem Dexter Anthony yang memberi latihan men

genai penggambar­an dan penyunting­an video.

 ?? ?? SERONOK: Jane (berdiri, empat kanan) bersama pelatih dan peserta bengkel ketika keluar ke bandar Sibu membuat tugasan.
SERONOK: Jane (berdiri, empat kanan) bersama pelatih dan peserta bengkel ketika keluar ke bandar Sibu membuat tugasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia