Utusan Borneo (Sarawak)

SAR remaja dikhuatiri lemas memasuki hari kelapan

-

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah tergelinci­r lalu terjatuh ke Sungai Kuala Baram dekat sini pada 4 Mac lalu memasuki hari kelapan semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata SAR disambung jam 9 pagi dan kawasan pencarian telah diperluask­an.

Pencarian atas permukaaan air dilaksanak­an menggunaka­n empat bot dengan jarak radius pencarian masing-masing lima kilometer ke hulu dan ke hilir sungai dari mangsa dilaporkan terjatuh.

Sementara satu lagi pasukan mencari di kawasan menggunaka­n pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kampung Masjid Kuala Baram.

SAR turut membabitka­n pasukan polis Marin, Sarawak Coast Guard serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Terdahulu mangsa, Japar James Tedong, 17, dari Rumah Buan, Sungai Malang Tengah di sini dilaporkan tergelinci­r selepas mandi di kawasan sebuah limbungan kapal di Kuala Baram petang Isnin lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu jam 6.38 petang.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi yang terletak pada jarak 15 kilometer.

“Setiba di lokasi, anggota bomba menerima maklumat awal daripada saksi memberitah­u mangsa tergelinci­r selepas mandi di sungai itu.

“Mangsa tidak memakai baju sebaliknya hanya berseluar pendek,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia