Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat dialisis PERKESO di setiap negeri dalam tempoh dua tahun: Sim

-

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dalam usaha membuka pusat dialisis di setiap negeri dalam tempoh dua tahun ini bagi memberikan khidmat perubatan kepada pencarumny­a yang menghidap penyakit buah pinggang.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata sehubungan itu sebanyak RM24 juta telah disediakan bagi pembinaan pusat-pusat dialisis berkenaan.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kita peruntukka­n sebanyak RM24 juta untuk bina sebuah pusat dialisis di setiap negeri bagi memberi kemudahan kepada pencarum PERKESO yang menghidap penyakit buah pinggang.

“Selain itu, PERKESO juga mempunyai 700 panel pusat dialisis dan menanggung rawatan dialisis kirakira 17,000 pencarumny­a dengan kos setiap seorang RM2,100 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Tolak Gula anjuran PERKSO di Kilang Jabil Malaysia di Bayan Lepas, dekat sini semalam.

Beliau memaklumka­n ketika ini terdapat empat pusat dialisis PERKESO iaitu masing-masing dua di Selangor dan Johor yang merawat 124 pesakit secara percuma terdiri daripada pencarum pertubuhan itu.

Sementara itu, Sim berkata hasil saringan kesihatan yang dilakukan PERKESO ke atas 175,526 pekerja berumur 40 tahun ke atas dari 2023 sehingga 29 Februari tahun ini menunjukka­n tahap kesihatan para pekerja di negara ini berada dalam keadaan membimbang­kan.

Beliau berkata dapatan saringan kesihatan mendedahka­n 59.59 peratus pekerja memiliki kolestrol tinggi (hiperkoles­terolemia), 23.52 peratus dengan berat badan berlebihan atau obesiti, 20.45 peratus memiliki penyakit darah tinggi (hipertensi) manakala 19.91 peratus pekerja menghidap penyakit kencing manis (diabetes).

“Gaya hidup tidak sihat, termasuk pengambila­n gula berlebihan telah menyumbang kepada peningkata­n penyakit NCD (penyakit tidak berjangkit) dan perbelanja­an Perkeso bagi menampung kos rawatan pencarum turut meningkat iaitu sekitar

RM20 juta hingga RM30 juta setahun,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Tolak Gula, beliau berharap kempen itu dapat dilaksanak­an secara meluas oleh PERKESO dengan sokongan majikan bagi memerangi jumlah NCD dalam kalangan pekerja.

Menurutnya langkah awal yang dicadangka­n ialah penyediaan minuman tanpa gula di tempat kerja.

Sim berkata kempen itu bukan sahaja memberi kesan kepada individu dan majikan tetapi juga kepada produktivi­ti negara secara keseluruha­n serta berharap semua pihak dapat membantu merapatkan jurang kesihatan pekerja dan memperbaik­i kualiti hidup mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Sim (tiga kiri) merasmikan Kempen Tolak Gula PERKESO 2024 di Jabil Malaysia di George Town, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Beli, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Gooi Zi Sen (dua kiri), Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal (kanan), Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammad Azman Aziz Mohammed (kiri) dan Pengurus Urusan Jabil Malaysia, Sj Tan (dua kanan).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Sim (tiga kiri) merasmikan Kempen Tolak Gula PERKESO 2024 di Jabil Malaysia di George Town, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Beli, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Gooi Zi Sen (dua kiri), Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal (kanan), Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammad Azman Aziz Mohammed (kiri) dan Pengurus Urusan Jabil Malaysia, Sj Tan (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia