Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekspor­tan orkid Mokara ke Dubai jadi penanda aras industri orkid negara

-

orkid dalam bentuk kotak hadiah premium menerusi 270 Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Festival Gulfood 2024 bakal menjadi satu penanda aras dalam industri orkid negara.

Bunga orkid varieti Mokara yang diterbangk­an 18 Feb lalu merupakan hala tuju penting kepada projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) dalam merealisas­ikan pengekspor­tan komoditi bernilai tinggi ke pasaran Asia Barat.

LEOD merupakan projek rintis yang melibatkan tiga ladang dengan keluasan 29.14 hektar iaitu LEOD Lukut, Linggi dan Sepang.

Ketika ditemui Bernama, Ketua Unit Industri Florikultu­r (Bahagian Pembanguna­n Industri Florikultu­r), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata meskipun mendapat permintaan yang tinggi, usaha untuk mempromosi­kan produk orkid tetap diteruskan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Projek Rintis Eksport Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, baru-baru ini.

Susulan itu, Mohamad Nizam berkata majlis promosi yang diadakan pada 21 Feb di festival berkenaan dapat mengetenga­hkan produk

pertanian tempatan bagi memenuhi permintaan daripada sektor pelanconga­n dan perhotelan di Dubai yang memerlukan daya tarikan unik dan ekslusif untuk pengunjung.

Selain itu, katanya pengeskpor­tan orkid ke Dubai juga mudah kerana tidak memerlukan sebarang rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat sijil fitosanita­si (PC) yang dikeluarka­n oleh DOA agar menepati kualiti eksport tanaman.

“Secara tradisinya orkid dieksport ke Singapura, Hong-Kong dan Jepun. Namun begitu, risiko kepada pengeluar amat tinggi kerana kemasukann­ya perlu mematuhi syarat kuarantin yang ketat terutama dari segi rawatan kuarantin lepas tuai orkid,

tetapi tidak (syarat kuarantin ketat) ke Dubai,” katanya yang juga penasihat projek LEOD itu.

Sementara itu, program pelepasan orkid untuk percubaan eksport ke Dubai itu turut dijayakan oleh Orchidmas Sdn Bhd dari segi penjenamaa­n dan pembungkus­an kotak premium Orkid Mokara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Orchidmas Shiz Kassim berkata operasi penghantar­an sangat mencabar terutamany­a bagi memastikan orkid yang dibungkus secara eksklusif dalam kotak berwarna emas itu tahan segar sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.

“Dari segi pembungkus­an, kami turut memikirkan keselesaan pembeli. Maka, kami telah menjadikan produk ini ‘ready to display’ atau sedia untuk dipamerkan.

“Dengan konsep ini kita perlu melihat bahawa pendekatan jualan secara keratan seperti cara tradisiona­l untuk eksport orkid ini perlu ditransfor­masikan kepada yang mempunyai nilai tambah dalam bentuk ‘gift-box’ atau kotak hadiah yang dapat meningkatk­an nilai keratan orkid itu menjadi sebuah kotak hadiah premium,” katanya.

Setiap kotak mengandung­i pasu berisi cecair sodium polyacryla­te bagi menggantik­an air dan dua keratan Orkid Mokara yang boleh tahan segar sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu manakala penghantar­an dilakukan menggunaka­n perkhidmat­an

penerbanga­n Emirates yang berlepas pada 1.45 pagi.

Terdapat lebih kurang 24,000 spesies orkid di seantero dunia dan 6,000 spesies di Asia manakala di Malaysia terdapat lebih 1,000 spesies dengan satu daripadany­a adalah varieti Mokara.

Mohamad Nizam berkata berdasarka­n pemerhatia­n DOA, Orkid Mokara sangat sesuai dijadikan bunga keratan untuk pasaran tempatan dan eksport kerana keratannya tahan lebih lama iaitu selama 14 hari.

Selain itu, pengeluara­n Orkid Mokara yang ditanam di sini lebih berkualiti dari segi panjang tangkai dan jumlah bunga berbanding negara jiran seperti Thailand berikutan iklim di Malaysia lebih sesuai untuk pengeluara­n orkid dan memenuhi keperluan kualiti eksport.

Sebelum ini dilaporkan bahawahasi­leksportor­kidmampu menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada industri florikultu­rdiMalaysi­akeranamen­dapat permintaan yang tinggi dari negara luar. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Mohamad Nizam dan Shiz (kanan) meninjau kerjakerja pemindahan 270 kotak berisi kotak hadiah premium Orkid Mokara di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang sebelum diterbangk­an ke Dubai sempena Festival Gulfood 2024.
— Gambar Bernama MENINJAU: Mohamad Nizam dan Shiz (kanan) meninjau kerjakerja pemindahan 270 kotak berisi kotak hadiah premium Orkid Mokara di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang sebelum diterbangk­an ke Dubai sempena Festival Gulfood 2024.
 ?? — Gambar Bernama ?? CANTIK: Bunga Orkid Mokara bersama pasu berisi cecair Sodium Polyacryla­te bagi menggantik­an air mendapat permintaan yang tinggi pasaran Timur Tengah.
— Gambar Bernama CANTIK: Bunga Orkid Mokara bersama pasu berisi cecair Sodium Polyacryla­te bagi menggantik­an air mendapat permintaan yang tinggi pasaran Timur Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia