Utusan Borneo (Sarawak)

Kebersihan dan keselamata­n makanan dipantau

PBT terus bekerjasam­a rapat dengan JKNS untuk memantau kebersihan dan keselamata­n makanan di bazar Ramadan

- Oleh Jessica Jawing

Pihak berkuasa tempatan (PBT) terus bekerjasam­a rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) untuk memantau kebersihan dan keselamata­n makanan di bazar Ramadan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kebersihan dan keselamata­n makanan amat penting terutama di bazar Ramadan.

“Bagaimanap­un setakat ini iaitu sejak beberapa tahun ini, kita telah memastikan kualitinya.

“Atas sebab itu Jabatan Kesihatan Sarawak bekerjasam­a dengan inspektor kesihatan awam majlis tempatan untuk memastikan ia kekal.

“Kita tidak mahu ada orang (pembeli) nanti keracunan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Emart Batu Kawa di sini, semalam.

Dr Sim berkata selain itu jika pengusaha gerai mengamalka­n kebersihan ia membantu mereka menarik pelanggan untuk datang membeli lagi.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyeru orang ramai memainkan peranan masing-masing dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada gerai di bazar Ramadan yang tidak mengamalka­n kebersihan yang baik.

“Mereka boleh melaporkan melalui talian hotline (disediakan). Tetapi yang penting orang ramai mesti membantu kita. Setiap daripada kita perlu memainkan peranan kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Tan Kai mendedahka­n bahawa MPP telah menugaskan 24 kakitangan unit kesihatan awamnya untuk memantau kebersihan di bazar Ramadan di

kawasan di bawah bidang kuasanya.

Terdahulu, Dr Sim yang juga ADUN Batu Kawah berkata bazar Ramadan di Sarawak adalah contoh terbaik keharmonia­n kaum dan agama.

“Apa yang indah tentang bazar Ramadan ialah banyak jenis makanan ini biasanya tidak dapat anda temui selain pada bulan Ramadan.

“Dan paling menarik anda lihat ramai orang daripada semua kaum datang, jadi kadang-kadang anda melihat lebih ramai Cina berbanding Melayu,” katanya.

 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? UNTUK KEBERSIHAN: Dr Sim menyerahka­n topi dan apron kepada pengusaha gerai Bazar Ramadan Emart Batu Kawa untuk langkah kebersihan peniaga.
— Gambar Kong Jun Liung UNTUK KEBERSIHAN: Dr Sim menyerahka­n topi dan apron kepada pengusaha gerai Bazar Ramadan Emart Batu Kawa untuk langkah kebersihan peniaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia