Utusan Borneo (Sarawak)

Perkampung­an Sukan Sarawak sedia tempatkan 500 atlet SUKMA

-

KUCHING: Perkampung­an Sukan Sarawak sedia untuk menempatka­n kira-kira 500 atlet yang akan bersaing di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 dengan siapnya projek itu pada penghujung April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata projek yang ketika ini sudah 90 peratus siap meliputi bangunan asrama empat tingkat, dewan serba guna, pondok pengawal dan kantin.

“Projek Perkampung­an Sukan Sarawak adalah antara fasiliti sukan yang disediakan oleh kerajaan negeri dibangunka­n dengan kos RM25 juta dan akan siap menjelang 30 April (2024),” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai projek Perkampung­an Sukan Sarawak yang sebelum ini menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kini sudah siap 90 peratus.

Projek itu dibangunka­n tidak jauh dari Stadium Negeri di Petra Jaya, dekat sini.

“Niat dan harapan kita melakukan itu adalah menjadikan Sarawak sebagai ‘Sport Power’.

“Pelbagai kemudahan sukan sedang dalam pembinaan antaranya ialah ‘kampung sukan’ yang pada masa ini lebih 90 peratus siap.

“Apabila semua pembinaan telah siap, saya percaya kompleks sukan di Petra Jaya akan menjadi yang terbesar seumpamany­a di negara ini dilengkapi kemudahan sukan yang berbeza terletak di tempat yang sama,” kata Karim.

Sementara itu, Awang Putrayusri­e memberitah­u pembinaan Dewan Wushu yang sedang giat dilakukan sudah mencapai 35 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Julai tahun ini.

Manakala pembinaan padang kriket dan ragbi fasa 2, setakat ini hanya 10 peratus siap, dijangka siap hujung April depan, tambah Awang Putrayusri­e.

“Bagi pembinaan velodrom, fasiliti sukan yang pertama seumpamany­a di Sarawak, kini di peringkat perancanga­n dan dijangka siap pada 2026.

SUKMA Ke-21 Sarawak disifatkan kejohanan terbesar kali ini berikutan penglibata­n 1,500 atlet dan pegawai dengan menampilka­n 37 sukan dan lebih 400 acara dipertandi­ngkan.

SUKMA Ke-21 Sarawak juga akan diadakan di sembilan bahagian iaitu Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Betong, Sri Aman, Serian, Samarahan dan Kuching.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PANDANGAN UDARA: Perkampung­an Sukan Sarawak yang terletak di Petra Jaya kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap penghujung April depan.
— Gambar Roystein Emmor PANDANGAN UDARA: Perkampung­an Sukan Sarawak yang terletak di Petra Jaya kini masih dalam pembinaan dan dijangka siap penghujung April depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia