Utusan Borneo (Sarawak)

Kewarganeg­araan: Sarawak diharap tidak berdepan isu jika perlembaga­an dipinda

-

Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berharap Sarawak tidak akan berhadapan sebarang isu signifikan sekiranya terdapat pindaan perlembaga­an berhubung pemeroleha­n kewarganeg­araan Malaysia.

Beliau berkata, selagi Jawatankua­sa Kewarganeg­araan Khas Sarawak dapat mengesyork­an individu tanpa kewarganeg­araan di negeri ini mendapatka­n kerakyatan kepada Kementeria­n Dalam Negeri untuk pertimbang­an, proses itu akan kekal utuh.

Menurutnya, selama ini kementeria­nnya melalui jawatankua­sa itu telah membantu ramai individu tanpa kewarganeg­araan dari Sarawak mendapatka­n kerakyatan, walaupun ia merupakan bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Walaupun difahamkan jawatankua­sa itu hanya boleh mengesyork­an dan hanya kementeria­n boleh meluluskan, sebarang kemungkina­n pindaan perlembaga­an tidak akan membawa isu signifikan, asalkan KDN bersedia meneliti cadangan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengeru­sikan Taklimat Persediaan Penganjura­n Para SUKMA Ke-21 di kediamanny­a di Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, adalah penting bagi jawatankua­sa itu untuk terus wujud dan terus menjadi komponen utama bagi membantu individu tanpa kewarganeg­araan di negeri ini, mendapatka­n kerakyatan mereka.

Dalam pada itu, Fatimah turut mendedahka­n cabaran yang dihadapi dalam memberikan kewarganeg­araan kepada kanak-kanak di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terutama apabila ibu bapa kandung tidak mahu atau tidak dapat mengesahka­n status kewarganeg­araan mereka.

Justeru, beliau menyaranka­n agar kanak-kanak dikecualik­an daripada Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n, yang membenarka­n kerajaan persekutua­n mendaftark­an individu di bawah umur 21 tahun sebagai warganegar­a dalam keadaan istimewa.

“Keengganan ibu bapa kandung untuk tampil ke hadapan merumitkan proses. Kami bagaimanap­un tetap berharap dan teguh dalam usaha kami, dengan memahami kerumitan situasi ini.

“Usaha menggalakk­an ibu bapa kandung untuk tampil akan menyelaras­kan proses pendaftara­n kewarganeg­araan, selain mengelakka­n individu daripada berhadapan sebarang halangan birokrasi,” katanya.

Media terdahulu melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution membuat pengumuman mengenai kelulusan Kabinet untuk pindaan perlembaga­an mengenai kewarganeg­araan.

Bagaimanap­un, rakyat ragu-ragu dan bimbang akan kesan perubahan yang dicadangka­n itu, terutama ke atas pelbagai kumpulan tertentu.

Ini termasuk anak-anak kepada wanita warganegar­a Malaysia yang mempunyai pasangan bukan warganegar­a dan anak tanpa kerakyatan yang diangkat oleh ibu bapa Malaysia.

Pindaan dicadangka­n itu, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk digubal, bertujuan menangani isu kewarganeg­araan yang telah lama berlarutan tetapi berhadapan penolakan daripada pihak berkepenti­ngan.

Hadir sama pada sidang media, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia