Utusan Borneo (Sarawak)

Titikberat­kan kebersihan penyiapan makanan, tempat berjaja: Dr Abdul Rahman

-

Peniaga bazar Ramadan diingatkan untuk sentiasa menitikber­atkan kebersihan penyiapan makanan dan tempat berjaja mereka, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau yang juga menteri yang bertanggun­gjawab bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut mengingatk­an para penjaja untuk mengumpul sisa makanan dan sampah di kawasan yang telah disediakan pihaknya.

“Para peniaga juga telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan bagi memastikan kesejahter­aan mereka untuk kebaikan semua.

“Ini adalah beberapa persiapan yang dibuat oleh DBKU sebelum bazar berlangsun­g,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Satok di sini petang semalam.

Sementara itu, bercakap mengenai keselamata­n makanan di bazar tersebut, Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman menggesa semua peniaga memastikan penilaian kesihatan mereka kekal pada standard yang tinggi terutama dalam aspek kebersihan.

“Tahun lalu, kami berdepan beberapa kes di mana penjaja tidak mengikut prosedur operasi standard. Isu itu bagaimanap­un telah ditangani.

“Tahun ini, semua peniaga telah memenuhi peraturan yang dibuat oleh DBKU sebelum pihak kami memberi ruang dan permit sebelum mengendali­kan gerai masingmasi­ng,” katanya.

Hilmy turut menyatakan beberapa tempat diadakan bazar Ramadan dalam kawasan DBKU sepertinya di Bazar Aidilfitri Satok yang terletak di sepanjang Jalan Sapok dari Mita Cake House ke Hartz Chicken Buffet yang akan berlangsun­g dari 23 Mac hingga 9 April 2024.

“Satu lagi ialah Ramadan Unity Bazar yang terletak berhampira­n Kompleks Plaza Merdeka, India Street Pedestrian Mall dan Hotel The Waterfront Kuching, dari 21 Mac hingga 7 April 2024.

“Antara barangan yang boleh didapati di Bazar Aidilfitri 2024 ialah tekstil, aksesori, kek lapis dan biskut,” katanya.

Sementara itu Bazar Ramadan Satok yang terdiri daripada 95 gerai pelbagai jenis makanan dan minuman, beroperasi mulai 12 Mac hingga 9 April 2024.

Tahun ini, DBKU telah bekerjasam­a dengan CCK Fresh Mart, Lee Ming Press Sdn Bhd dan Media Venture Sdn Bhd.

 ?? ?? KEBERSIHAN:DrAbdulRah­man memakaikan apron dan topi kepada salah seorang penjaja nasi beriani di Bazar Ramadan Satok semalam, tajaan CCK Fresh Mart sebagai menyokong kebersihan diri penjaja dan hasil jualan mereka.
KEBERSIHAN:DrAbdulRah­man memakaikan apron dan topi kepada salah seorang penjaja nasi beriani di Bazar Ramadan Satok semalam, tajaan CCK Fresh Mart sebagai menyokong kebersihan diri penjaja dan hasil jualan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia