Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar juara Para SUKMA 2024

Belum tetapkan jumlah pingat diraih tetapi sasar rampas gelaran juara daripada Sabah

- Oleh Hafizah Abdul Hamid Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Sarawak belum menetapkan sasaran jumlah pingat untuk diraih pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada 20 hingga 28 September tahun ini tetapi menyasarka­n untuk merampas gelaran juara yang diungguli Sabah pada edisi lepas.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sebagai tuan rumah Para SUKMA kali ini, Sarawak optimis dalam merealisas­ikan cita-cita tersebut dan telah melakukan penilaian secara mendalam membabitka­n kekalahan pasukan negeri semasa temasya lalu.

”Menerusi post-mortem, kita mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan faktorfakt­or yang menyebabka­n kekalahan Sarawak pada kejohanan terdahulu. Saya percaya kali ini peluang kita lebih cerah daripada sebelumnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Taklimat Persediaan Penganjura­n Para SUKMA Ke-21 di kediamanny­a di Petra Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata kontinjen Sarawak dijangka akan menghantar seramai 240 atlet yang akan menjalani saringan pada 31 Julai 2024.

Jelasnya, temasya itu juga akan melibatkan seramai 120 pegawai untuk Sarawak sahaja.

Sementara mengenai acara sukan, Fatimah berkata sebanyak 10 acara sukan akan dipertandi­ngkan pada temasya

Menerusi post-mortem, kita mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan faktor-faktor yang menyebabka­n kekalahan Sarawak pada kejohanan terdahulu. Saya percaya kali ini peluang kita lebih cerah daripada sebelumnya.

Para SUKMA edisi kali ini.

”Antara lainnya adalah Para Olahraga, Para Renang, Para Badminton, Para Pingpong, Para Tenpin Boling, Boccia, Para Lawn Bowls, Para Powerlifti­ng, Para Memanah dan Para Catur.

”Kesemua acara yang dipertandi­ngkan ini akan diadakan di Kuching,” katanya.

Jelas beliau, antara lokasi

terlibat adalah Stadium Sarawak, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Dewan Persatuan Badminton Sarawak BDC, SJK Chung Hua No.3, Megalane E-Mart Batu Kawa, Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak, Multipurpo­se Arena Petra Jaya, Dewan Serba Guna Jabatan Belia dan Sukan, Lapang Sasar Memanah Petra Jaya dan Hotel Raia.

Fatimah menambah, turut dijadual diadakan pada 21 September 2023 di Hikmah ExhangeKuc­hingadalah­Majlis Makan Malam Temasya Para SUKMA yang bakal dihadiri tetamu kehormat, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

”Sementara Majlis Perasmian Temasya Para SUKMA

Ke-21 bakal diadakan pada 22 September 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya.

Setakat ini sebanyak 15 negeri seluruh Malaysia telah mengesahka­n penyertaan pada edisi kali ini. Ia juga dijangka akan dihadiri seramai 1,400 atlet para dan 600 pegawai.

Antara lainnya adalah dari Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pelancaran rasmi maskot iaitu Satria dan Satrina (Burung

Kenyalang), lagu (SUKMA Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan) dan logo untuk temasya kali ini telah diadakan pada 9 Mac 2024 di sini yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak.

Hadir sama semasa sidang media, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Colliner Gohe.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Taklimat Persediaan Penganjura­n Para SUKMA Ke-21 di kediamanny­a di Petra Jaya semalam. Turut kelihatan duduk di sebelah Fatimah adalah Razi (kanan) dan Hii (kiri).
SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Taklimat Persediaan Penganjura­n Para SUKMA Ke-21 di kediamanny­a di Petra Jaya semalam. Turut kelihatan duduk di sebelah Fatimah adalah Razi (kanan) dan Hii (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia