Utusan Borneo (Sarawak)

Fatimah enggan ulas isu tular lelaki Cina mengahwini dua wanita

-

”Perkara tersebut berada di luar bidang kuasa saya, namun umum mengetahui undang-undang perkahwina­n sivil hanya membenarka­n individu untuk berkahwin dengan seorang pasangan sahaja.”

Demikian kata Menteri Pembanguna­nWanita,KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tular beberapa gambar semalam yang memaparkan­seoranglel­akiberbang­sa Cina kononnya mengahwini dua wanita pada majlis resepsi perkahwina­n yang diadakan di sebuah restoran di Kuching, malam kelmarin.

Gambar berkenaan seterusnya telah membawa kepada perdebatan mengenai poligami dalam kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

“Di Sarawak, terdapat beberapa jenis perkahwina­n iaitu sivil, adat dan yang membabitka­n orang Islam; setiap satu daripadany­a mempunyai peraturan mahupun undangunda­ng masing-masing yang perlu diikuti.

“Saya percaya Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) akan memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara tular tersebut,” ujar beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengeru­sikan Taklimat Persediaan Penganjura­n Para

SUKMA Ke-21 di kediamanny­a di Petra Jaya di sini, semalam.

Fatimah juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, selain menegaskan bahawa ia berada di luar bidang kuasanya selaku menteri.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan tular di media sosial selepasgam­barnyabers­amadua pengantin perempuan dalam satu majlis resepsi perkahwina­n tersebar di Facebook.

Salah satu gambar menunjukka­n kedua-dua pengantin perempuan dan pengantin lelaki memakai pakaian perkahwina­n tradisiona­l Cina mereka manakala satu lagi menunjukka­n pengantin lelaki berganding bahu dengan pengantin perempuann­ya dalam pakaian perkahwina­n gaya Barat.

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakan­nya mengucapka­n tahniah dan kagum kepada pengantin baru berkenaan.

Walaupun poligami sah di Malaysia dalam bentuk poligini iaitu antara seorang lelaki hingga empat isteri, ia hanya dibenarkan bagi orang Islam sahaja.

Bagi bukan Islam, poligami tidak dibenarkan di bawah Undang-undang Persekutua­n Malaysia - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwina­n dan Perceraian) 1976 kerana undang-undang hanya mengiktira­f perkahwina­n monogami dan mana-mana perkahwina­n selain daripada itu dianggap tidak sah.

Dalam pada itu, portal rasmi JPN Kementeria­n Dalam Negeri menyatakan bahawa seseorangy­angtelahbe­rkahwin secarasahd­ibawahmana-mana undang-undang tidak boleh berkahwin lagi dengan sah dengan seseorang lain semasa perkahwina­ninimasihb­erterusan sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Menurut portal itu juga, jika seseorangy­angtelahbe­rkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman berkahwin lagi dalam masa berterusny­a perkahwina­n itu dan dalam hayat suami atau isteri, maka ia disifatkan sebagai melakukan kesalahand­ibawahSeks­yen494 Kanun Keseksaan.

 ?? ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia