Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Batang Lupar II mengubah landskap pembanguna­n di Sri Aman

-

Jambatan Batang Lupar II akan mengubah landskap pembanguna­n di bahagian Sri Aman khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga apabila dijangka siap pada suku ketiga 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, jambatan sepanjang 870 meter itu dengan ketinggian 145.5 meter kini sudah menampakka­n struktur awal dengan rangkanya kini gah berdiri merentangi BatangLupa­r.

“Projek Jambatan Batang Lupar II ini dijangka siap 2025. Ia bakal melengkapk­an jaringan Jalan Utama Kedua dan Jalan Pesisir di Sarawak,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut di sini.

Menurutnya, masyarakat di sini cukup bertuah kerana dapat menikmati limpahan ekonomi sebaik sahaja jambatan berharga RM223.6 juta itu siap nanti.

“Jambatan Batang Lupar II dibina oleh syarikat usaha sama Naim Gamuda (NAGA) apabila siap memudahkan ekses ekonomi dari bahagian Sri Aman ke bahagian Betong serta kawasan sekitar,” jelasnya.

Katanya, dengan adanya jambatan itu nanti kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan bertambah rancak dan memberi peluang kepada penduduk memajukan tanah dengan pelbagai tanaman dan pertanian.

Jelasnya, ini salah satu impak positif daripada pembinaan jambatan berkenaan di samping merangsang pertumbuha­n sektor industri hiliran selain perladanga­n kelapa sawit berskala besar yang wujud sejak lebih 10 tahun lalu di sini.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut diberikan taklimat oleh pemaju berkaitan kemajuan fizikal pembinaan jambatan itu yang mencapai kemajuan 42.65 peratus dan lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Jambatan Batang Lupar II yang menghubung­kan Sri Aman dan Betong merupakan antara 12 jambatan disenarai di bawah inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama Penolong Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Sri Aman Bellgalman­o Low dan Penolong Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak Bahagian Sri Aman Zaidil Ripin.

 ?? ?? TINJAU: Dayang Noorazah (lima kanan) bersama Bellgalman­o (empat kanan) bersama yang lain semasa lawatan tersebut.
TINJAU: Dayang Noorazah (lima kanan) bersama Bellgalman­o (empat kanan) bersama yang lain semasa lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia